Wednesday, April 21, 2010

New Life, New Experience


Bak kata pepatah, “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Dulu, sewaktu berkhidmat di Daro, Sarawak kakiku ini sudah berkesempatan menjejak di beberapa buah tempat menarik. Selain menjadi lone ranger di Mukah, aku juga sempat menjadi lone ranger ke Miri, Sarawak. Bila difikirkan balik aku rasa bersyukur sangat sebab Allah selamatkan aku dari segala kesulitan selama aku berjalan seorang diri di bumi itu. Semuanya di atas bumi Allah dan Dia telah menjaga diriku selama di sini. Selain itu, sempat juga aku bersama kawan-kawanku ke Kuching beberapa kali dan ke Sabah. Hampir separuh daripada bumi Sabah telah kami lalui. Sibu dan Sarikei pula tempat2 yang telah biasa sangat kami pergi untuk melepaskan rasa bosan dan tekanan, selain shopping.
=)

Dan kini, aku berkhidmat di bumi Jerantut atau dalam skala yang lebih kecil, aku kini bertugas di Kuala Tahan. Sekolah ini hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari jeti untuk ke Taman Negara.

Setakat ini, aku telah berpeluang ke sana sebanyak dua kali. Tiga minggu lepas, aku pergi bersama housemateku, Alsalihah dan Ain (anak clerk sekolah aku). Alhamdulillah pagi itu ada sebuah sekolah menengah dari Butterworth ingin ke Canopy Walkway dan kebetulan jiranku, Cikgu Azman yang menjadi tourist guide kepada kumpulan itu. Lalu dia telah mengajak kami bertiga untuk bersama-sama menaiki bot. Turun dari bot, kami terpaksa mendaki bukit untuk ke Canopy Walkway di mana di situ terdapat jambatan gantung. Teringat aku kepada kawan aku Fariza, yang masih berkhidmat di Daro. Impiannya untuk menaiki jambatan gantung di Sabah tidak kesampaian. Untuk menaiki jambatan gantung tersebut, kami perlu menjarakkan perjalanan dengan orang hadapan dalam 10 meter. Banyak betul stesen yang perlu dilalui. Ada jambatan gantung yang rasa goyangannya itu lebih sedikit berbanding yang lain. Terketar-ketar kakiku melaluinya. Tapi teruskan juga. I told to myself, ”Zawatil, by hook or by crook, you have to reach the last station” . Alhamdulillah aku selamat tiba di stesen terakhir. Untuk sampai ke stesen terakhir itu, aku perlu menuruni beberapa anak tangga yang dipasang pada jambatan gantung. Can you imagine? If you can’t, that’s mean you have to come here and try it! Setelah sampai ke stesen terakhir, kami berjalan menerusi trek. Kami tiba di kawasan rehat. Dalam setangah jam kami berehat di situ sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan diteruskan lagi. Ramai pelancong yang kami temui, terutamanya dari negara Eropah. Yang muda tu memang ramailah. Tapi aku memang salute lah pada yang dah berumur pun ramai. Ada juga yang siap bawa bayi yang masih dalam stroller.Kuat sungguh semangat mereka. Anda macamana?

Dan hari ni pula aku bersama-sama 16 orang guru berkesempatan melalui 3 jeram yang terdapat di kawasan Taman Negara ini. Lebih kurang 9.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Lebih kurang 20 minit kami menaiki bot, kami tiba di Nusa Camp Village. Kat sini ada resort. Tapi, kami tak lah menginap di resort ini. Kami ber-rehlah di kawasan jeram. Airnya memang sejuk. Nyaman sungguh.dalam keadaan yang damai dan tenang ini, semua masalah dapat dilupakan. Sampai saja di jeram, kami ramai-ramai mengisi perut. Setiap orang bawa, jadi banyaklah jadinya.

Aku tidak membawa persalinan. Sayang sekali aku tidak membawanya. Jadi, pada awalnya aku tidak berkeinginan untuk berendam. Tapi lama kelamaan tergugah juga rasa di hati untuk sama-sama bermain dengan air. Habis basah kuyup jadinya. Kak Nil dan anaknya Nani jauh berjalan lewat air yang laju itu. Aku pun turut mengekor dari belakang. Bagus juga berendam di area ini. Jauh dari orang ramai. Nani membuat pelbagai aksi yang menggeletekkan hati kami. Selepas itu beberapa orang lain juga turut datang ke situ. Air makin lama, makin laju. Kami memutus nuntuk bergerak ke kawasan yang asal. Setelah itu, kami mengangkat beg untuk ke jeti. Di situ kami sempat lagi snap some pics. Well, it’s my fav kn!! Hehe... Lebih kurang jam 2.15, the boat arrive. So, we all amek tempat masing-masing. Berada dalam semasa melalui jeram is just something exciting. Apalagi semasa bermain air di jeram. Teringat kenangan bersama sepupu-sepupuku semasa di Lost World of Tambun. Masyuk bangattt!!

Det’s all my note for this journey!

No comments:

Post a Comment