Friday, April 9, 2010

~~Titipan Khas BUat Warga NORMAH~~

Assalamualaikum w.b.t,

Jurnal kali ini adalah dititipkan buat warga SMK TPDPH NORMAH umumnya, dan khusus buat pelajar-pelajar cikgu yang sentiasa cikgu rindui selalu. Apa khabar ya anda semua di sana?

Maaf andai ada yang menanti-nanti post dari cikgu... Baru punya kesempatan untuk mengepost hari ini. Alhamdulillah...

Masih jelas diingatan cikgu mengenai perkhabaran bahawa permohonan cikgu untuk dipindahkan telah mendapat kelulusan dari pihak JPN SARAWAK. Hari itu hari Jumaat (29 Januari 2010). Sesi persekolahan hampir tamat. Masa tu cikgu baru sahaja selesai memberi nasihat kepada beberapa pelajar tingkatan 4G yang akan digantung persekolahan selama dua minggu atas beberapa kesalahan. Tiba-tiba Cikgu Hairi datang dan membawa perkhabaran tersebut. Rasa tersentak seketika. Terkejut cikgu kerana katanya, cikgu perlu melapor diri di sekolah baru pada hari Isnin yang akan datang iaitu pada 1 Feb 2010. Cikgu terfikir bagaimana untuk meninggalkan semua pelajar cikgu secepat itu. Lalu, cikgu ambil peluang yang ada untuk mengumpulkan semua pelajar kelas cikgu di kelas 5A. Kebanyakan pelajar 5A sendiri pun tidak ramai yang ada kerana kebanyakannya sedang mengikuti kem kepimpinan pengawas di surau. Di sana, cikgu mengumumkan perpindahan cikgu. Susah betul untuk melafazkannya. Kerana serentak dengan itu juga, berderailah air mata cikgu. Sebenarnya cikgu rasa amat berat hati untuk meninggalkan kamu semua. Bagaimana mungkin kan? Terutamanya yang telah menjadi pelajar cikgu selama setahun dari tahun 2009 lagi. Kamu sendiri pun tak dapat bayangkan kan? Tentang perhubungan yang telah terbina... Hubungan yang rapat. Bagaikan kakak dengan adik. Petang itu, cikgu ke surau mengikuti program kem kepimpinan pengawas yang dikendalikan oleh unit kaunseling. Sebenarnya cikgu saja turun sebab ingin bersama-sama pelajar cikgu. Pelajar-pelajar yang mengikuti kem masih belum mendapat berita perpindahan cikgu pada masa tu. Lalu, pada hujung minggu itu pula, ramai yang menelefon dan menghantar SMS menanyakan hal perpindahan cikgu. Ada yang menangis-nangis agar cikgu tidak meninggalkan sekolah. Ramai juga yang marahkan cikgu sebab tidak memaklumkan tentang perpindahan cikgu kepada mereka (pelajar2 yang mengikuti kursus pengawas).

5A

5B
4G

4B


Walaupun telah diarahkan untuk melapor diri ke sekolah baru pada 1 Feb 2010, cikgu minta ditangguhkan selama seminggu kerana cikgu perlu tunggu surat dari JPN PAHANG. Jadi cikgu mengambil kesempatan yang ada itu untuk bersama kamu semua dan semua rakan guru dan staf di SMK NORMAH. Bagaikan orang yang dah tahu kematian akan menjemput, maka waktu yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bersama orang-orang yang sayangi. Selama seminggu yang terakhir itu, cikgu gunakan peluang yang ada sebaiknya untuk bersama kamu. Tingkatan 4B yang telah diamanahkan cikgu untuk mengajar PSK masih beria-ria untuk meneruskan kelas yang terakhir dengan cikgu walaupun waktu pengajarannya adalah pada dua waktu terakhir pada hari RABU. Pada minggu itu juga, hampir setiap petang, cikgu ke sekolah. Ada saja perkara yang ingin dilakukan bersama kamu semua ya? Kononnya nak setelkan PEKA FIZIK Azlan (5B). Sorang saja yang nak buat, tapi pelajar lain juga ramai yang datang. Hasnan, Syarif, Fara Ridwan, Erna, Husna, Sara dll. Tak mampu cikgu senaraikan semuanya di sini (Sori!).Cikgu tak kisah pun kamu datang. Lagi seronok ada. Dah setel PEKA, si Azlan minta buat kelas tambahan pula. Kesian dia, pelajar lain dah bermanja dengan cikgu setahun lebih dah. Dia cemburu la tu. Tak puas manja, cikgu dah nak pindah.


Azlan dan Hasnan

Syarif, Lan dan Hasnan

Banyak betul barang wang perlu cikgu packing. 9 buah kotak semuanya yang perlu dipos. Lebih kurang RM 250 kos untuk pos sahaja. Hari Rabu dah setel barang-barang untuk dipos. Hanya tinggal untuk diguna beberapa hari sahaja lagi. Tapi dekat-dekat hari terakhir, cikgu menerima banyak juga hadiah daripada pelajar2 cikgu. Terima kasih semua ya! Tapi yang paling mengharukan cikgu adalah kata-kata terakhir daripada pelajar2 tingkatan 5A dan 5B yang telah dibukukan. Terima kasih semua ya. Buku tu cikgu bawak ke sekolah baru ni untuk tatapan di kala rindu yang mencucuk datang menyapa hati cikgu ini. Cikgu baca dan berderailah lagi air mata ini. Menangis dalam gembira. Terimbau semua kenangan bersama kamu semua. Emm..

Barang2 untuk dipos


Kata2 terakhir dari 5A dan 5B


Hadiah2 dari pelajar2 tersayang

Masih ingatkah hari terakhir cikgu di Daro? Terima kasih kepada Hasnan dan Abu sebab tolong angkatkan beg cikgu dari tingkat 4. =) Walaupun kamu tak menangis tapi cikgu faham isi hati kamu. Kata kamu dalam SMS kepada cikgu bahawa kamulah orang yang paling sedih sebab perlu berpisah dengan cikgu. Sabarlah adikku sayang. Cikgu juga masih ingat ada antara pelajar cikgu yang menghantar cikgu hingga ke jeti. Mei Mei, Farah K., Farah S., Nuriyah, Nano, Gayah dll. Begitu juga kepada kawan-kawan cikgu ( Ustazah Izzah, Cikgu Fariza,Ustazah Baizura, Ustazah Hamidah, Cikgu Eta dan Cikgu Zainab). Terima kasih pada korang sume sebab sudi follow dengan motor dari belakang. Minta maaf atas semua salah silap. Halalkan makan minum aku selama aku bersama korang ya. Kehadiran korang buat aku sentiasa ceria dan seronok di sana.





Hasnan dan Abu datang untuk mengangkat beg pada hari terakhir




Pelajar2 yang datang untuk menghantar di jeti Daro

Terima kasih kepada semua rakan2 guru NORMAH. Banyak yang telah saya pelajari selama setahun mengajar di sana. Terima kasih di atas setiap nasihat dan pengajaran. Terima kasih kepada pengetua sebab bagi peluang kepada saya berucap di tapak perhimpunan pada hari terakhir persekolahan kepada saya di sana. Terima kasih kepada Kelab Staf NORMAH atas jamuan perpisahan. Tak dilupakan kepada staf2 NORMAH yang lain (Julius, K. Saadiah, K. Hasnan, En. Kabis, K. En, K. Lin, Mok, Mr. Wong, Pak Cik Amir dll) yang telah turut memudahkan gerak kerja saya di NORMAH. Anda semua bagaikan abang2 dan kakak2 saya yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Terima kasih sebab sudi memberi nasihat dan mendengar segala luahan hati saya selana saya berada di sana.

Ucapan khas kepad cikgu2 fizik (Amir, Yang, Hairi) umumnya kepada semua warga staf NORMAH agar terus komited untuk berkhidmat di NORMAH dan kenang daku dalam doamu.
Bersama Amir dan Hairi
Bersama Yang

Bersama Kak Saadiah dan Julius



Bersama Cikgu Teo, Kak Hasnan, Kak En dan Mok

Spesel juga buat pelajar2 cikgu. Teruskan belajar dengan rajin. Usaha mesti gigih. Korbankan masa sekarang untuk kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2010/2011. Insya-Allah cikgu akan sentiasa doakan kamu semua.

KURIK KURIKKKKK!!! Meoww... (^_^)V

1 comment: