Monday, April 12, 2010

~~AKU MERINDUIMU~~

Rasa rindu kepada pelajar-pelajar NORMAH menerpa lagi. Apalagi bila menerima mesej2 rindu dari mereka. Semalam Liya (5G) menghantar SMS. Panjang sungguh mesej rindunya. Katanya dia dan kawan2 rindu sangat2 pada aku. Katanya juga nak sangat jumpa dengan aku satu hari nanti. Dia juga bertanya kalau2 aku akan ke Daro? Kesiannnya...

Dari awal perpindahan aku dari Daro ke Jerantut, tidak pernah putus walau sehari pun aku menerima SMS daripada pelajar. Setiap hari pasti akan aku terima SMS2 rindu daripada diorang. Malah, minggu lepas Ah Yen iaitu pelajar yang hanya sempat belajar beberapa minggu dengan aku dan kemudian dia berpindah ke sekolah lain juga turut menghantar SMS untuk bertanya khabar. Pelajar-pelajarku, mana mungkin cikgu bisa melupakan kamu semua. Kamu pelajar2 cikgu yang pertama!

Masih ingat soalan ini? APA KHABAR ANDA HARI INI? Masih ingatkah kamu semua jawapannya? ”BAIK, SIHAT, CERIA, WONDERFUL, YES” Rindu untuk mendengar jawapan yang bersemangat dari kamu semua. Tak lagi dapat cikgu dengari jawapan kamu semua di sini. =’(

Pelajar2 NORMAH macama? Masih ada yang nakal yer? Ubahlah perangai yang negatif tu. Berubahlah menjadi orang baru yang lebih positif. Jangan nakal2 lagi eh. Terutamanya yang bakal menduduki SPM tahun ini, juga yang berasa di kelas SAINS.

Baru-baru ni, cikgu rasa kecik hati sangat2 dengan sebuah kelas kat sini. Boleh dikatakan memang kurang ajar. Dahla masa tu cikgu masuk untuk jaga exam je. Tapi diorang rasa bangga sebab dapat sakitkan hati cikgu. Masa diorang jawab exam (eksyen je.. padahal xjawab pon!), cikgu teringat kat kamu semua. Sampai menangis cikgu. Cikgu rindu kamu semua... Seriously!

Oklah.. Setakat ini sajalah dulu post dari cikgu. Ada ape2 terus SMS ye! Rajin2 la bukak journal cikgu ni yer n one more thing, leh update pasal cikgu jugak di facebook! Pelajar2 NORMAH kan bijak IT. (^_^)V

Selamat maju jaya kepada semua pelajar NORMAH. Semoga sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan dari Ilahi. Insya-Allah...

# Kepada pelajar2 cikgu yang membaca post cikgu ini, samapaikan salam kepada kawan2 yang lain ya!

No comments:

Post a Comment