Wednesday, April 15, 2009

~Sekeping Lembaran Buat Pelajar-pelajarku Sayang~


Assalamualaikum pelajar2 cikgu sayang,

Tadikan kita buat ujian utk bab SETS. Kenapa tak nak duduk baik2, jawab betul2 soalan yang cikgu beri tu? Penat saja Cikgu cari soalan, tapi kamu buat macam kertas yang Cikgu bagi tak de nilai pun. Dikacau lagi kawan2 yangingin belajar tu. Rugi saja kertas soalan fotostat banyak2 utk uji minda kamu mengenai bab ini. Penat2 je Pak Cik Amir fotostat untuk kamu semua. Kalau kamu tak suka ujian macam ni, xmengapalah. Lepas ni kita takkan buat apa2 ujian lagi la. Cikgu masuk dan ajar saja apa yang perlu diajar. Lepas beberapa minggu dan bulan belajar, bertemu lagi dengan peperiksaan Penggal Pertama. Jadi, kamu semua akan terus hadapi peperiksaan tanpa diuji pengetahuan kamu. Xmengapalah kan. Memang itu yang kamu nak kan?

Lepas ni kita belajar biasa2 sajalah. Tanpa ada sebarang aktiviti lagi. Lepas ni xperlulah uji kefahaman kamu semua cam yang kita buat sebelum ni. Xperlu lagi Cikgu jemput kamu ke dapan untuk mencuba soalan yang Cikgu beri. Cikgu masuk, ajar, bagi soalan dan Cikgu sendiri yang jawab. Itu cara yang kamu nak kan? kan.. kan.. kan…If that’s ok with you, then it’s ok with me too.

Tapi kamu fikirlah pelajar2 ku sayang. Cuba buka minda kamu semua. Fikir masa depan kamu, famili kamu, saudara mara kamu dan yang penting bangsa kamu (terutamanya Melanau). Kalau kamu tidak mula fikir dari sekarang, maka rugilah masa kamu nanti. Hancurlah masa depan kamu, anak bangsa kamu jika kamu xnk berubah. Kamu mahukah masa depan kamu semua akan dipandang sebelah mata sahaja. Apa kamu rasa jika ada wakil dari kaum kamu yang berjaya? Tidakkah kamu akan berasa bangga dengannya? Malah kamu juga tiba2 akan mengaku dia sebagai saudara kamu.

Cikgu datang dari jauh. Telah terpilih untuk bersama kamu. Membangunkan bangsa kamu. Siapa kamu? Anak siapa kamu? Bangsa apa kamu? Cikgu xkisah pun. Cikgu akan bantu kamu semua sedaya yang mungkin. Pagi petang hingga ke malam Cikgu sanggup turun mengajar kamu, untuk pastikan kamu berjaya. Sekarang bergantung pada diri kamu sendirilah. Pilihlah jalan yang lurus dan yang baik. Cikgu percaya kamu semua sudah mumayyiz. Sudah tahu mana yang bersih, mana yang kotor. Mana yang halal, mana yang haram. Mana yang baik, mana yang buruk. Jadi bergantung pada kamula macamana kamu nak ubah diri kamu menjadi seorang yang lebih positif, lebih dari yang sebelum ini.

Berubahlah pelajar2 ku sayang. Tak rugi kalau kita berubah ke arah yang baik. Siapa yang untung kalau kamu rajin. Cikgu ker? xde kaitan pun dengan Cikgu. Kamu la yang untung. Cuma Cikgu akan rasa tenang melihat kamu semua dapat menerima segala ilmu yang Cikgu sampaikan dan berjaya dalam hidup kamu.

Apa yang Cikgu Teo terangkan tadi, terimalah nasihat darinya sebaik mungkin. Cikgu Mortadza pun baru saja masuk kelas semalam, memberi kamu kata2 yang penuh semangat. Cikgu percaya kamu semua berasa semangat semasa mendengar kata-kata darinya, kan? Kami para cikgu akan menolong kamu semua. Tapi apa yang penting adalah, kamu mesti menolong diri kamu sendiri. Berubahlah sayang-sayangku semua. Insya-Allah Cikgu akan sentiasa mendoakan kefahaman dan kejayaan kamu semua ya sayang....

Love,
Cikgu Zawatil.


1 comment:

  1. aslamualikum...kalau sayang anak murid! pukul dia..jangan biar diorang naik lemak... piappppp sekali..piap lagi...sampai diorang pengsan...itulah kaedah mengajar yang terbaik...

    hahahahaaaaaa

    ReplyDelete