Sunday, February 1, 2009

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


Imam Hassan Al-Banna merupakan pemimpin perubahan di Mesir. Walaupun beliau sudah lama syahid meninggalkan kita, tapi terus hidup di syurga Allah dalam kerongkong burung hijau yang berterbangan menikmati syurga.

Berikut adalah merupakan 10 wasiat yang telah beliau tinggalkan.

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

.~.~.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI HATI KAMI

DI DALAM PANJI AGAMA ISLAM
DAN
KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI.
KUPOHON PADAMU YANG MAHA PENGASIH,
JANGAN KAU PALINGKAN HATI KAMI
SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR KEPADA KAMI.
MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU.

No comments:

Post a Comment