Thursday, December 15, 2011

Waiting for a new member in my family (1)



Minggu ni sudah masuk minggu ke 37 aku mengandung... Byk pengalaman yang telah ditempuhi dari bulan ke bulan. Ada sahaja perkara baharu yang dipelajari. Dari satu bulan ke bulan ada sahaja perubahan yang dialami. Awal2 dulu aku tidak tahu apa maksud sbenar apa itu 'morning sickness' sampai bulan ke-3 dan ke-4. Ada juga yang tanya 'awk xde morning sickness ke? 'Morning sickness'? Apa tu?? Lepas tu la baru aku faham. Setiap pagi sebelum turun gi sekolah, aku sentiasa pastikan perut ini terisi terlebih dahulu. Memang tabiat daripada kecik lagi ponn.. Tapi masa musim 'morning sickness' tu, sampai je sekolah, terus termuntah balik. Kekadang tu, xsempat sampai sekolah dah muntah2 tgh jalan, w/pn jarak sekolah ngn umah tu dekat je. Mlm2 pn dh xdpt tido lena lg, sebab selalu tsedar batuk2 n muntah2. Masuk bulan ke-4 hingga ke-6, sakit belakang mula menyerang. MasyaAllah.. teruk sangat. Aku hanya boleh bertahan 10 minit je berdiri. Lepas tu kena cari tempat duduk. Kadang2 aku terpaksa menumpang bilik kaunseling untuk baring. Apalagi bila mengenangkan suami dan famili yang jauh di mata. Malam2 berendam air mata. Aku tahu ia tidak elok untuk baby. Suami selalu pesan. Aku rindu sangat dengan mereka. Tapi apalah dayaku. Permohonan pertukaran masih belum diluluskan. Namun, pengalaman yang paling best adalah bila dapat rasa pergerakan baby dalam perut ni, n apalagi bila dapat tgk die gerak2 dlm screen setiap kali g scan kt klinik swasta (lebih jelas bbanding kt spital). Subhanallah.. Ada janin dalam perut aku!!! Tak tergambar perasan itu.. Dan pergerakan itu semakin aktif dari hari ke hari. =) Happy sangat!! Kalau xsilap, aku dpt rasa gerakannya pada bulan ke-5. Tapi masa tu aku je yang leh rasa. Suami tak dapat rasa lagi. Dalam bulan ke-6, gerakannya semakin aktif. Suami teruja sangat apabila kali pertama die merasa tendangan baby kami. Kami tersenyum penuh kesyukuran dan kebahagiaan..

2 hari yang lalu, aku berjumpa doktor. Katanya kalau janin dah cukup 37 minggu, kandungan sudah dikira cukup bulan dan aku boleh bersalin bila-bila masa sahaja (sebab ada kencing manis masa preg). Jadi semua kelengkapan mestilah sudah disiapkan. Perasaan excited utk bersalin tu, naik turun. Bukan apa, suami tercinta jauh di mata (tapi sentiasa dekat di hati). Sebenarnya die tengah sambung belajar - Diploma Pendidikan di Kolej Poly Tech Mara, Bangi sehingga 1/1/2012.. n due aku 6/1/2012. Harap2 sempat lah abg balik dulu sebelum syg bersalin yer.. huhuhu.. Bukan apa.. Bagi aku, suami adalah sumber kekuatan utama aku selain famili. Apapun semuanya terserah kepada Ilahi. Yang penting baby ini lahir dalam keadaan selamat. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment