Selasa lalu, seperti biasa aku telah menghadiri tca kt HUSM. Sebelum berjumpa doktor, misi soh aku masuk n beberapa mommies lg masuk dlm satu bilik utk satu sesi ceramah mengenai penyusuan bayi. Biasanya maklumat mengenai penyusuan ini aku dapat melalui pembacaan dan perkongsian cerita dengan kawan2. Banyak sungguh khasiatnya. Aku sangat seronok mendengar penerangan misi tersebut dan sangat2 bharap dapat memberi penyusuan eksklusif bf pd anak aku sehingga umurnya 2 tahun.. Insya-Allah klu ada rezeki.. Apa pun, nak seribu daya, xnk seribu dalih. Tapi masalah utama yang mungkin menghalang harapan ku ini ialah sekiranya aku tidak dapat bertukar dan tinggal bersama anakku nanti.. Semoga Allah mempermudahkan permohonan kami.. Aminnn.. Ada diceritakan seorang ibu yang tidak tinggal dengan bb nya. Tapi dia berusaha juga memberi susu nya kpd anaknya yang tinggal di negeri berlainan. Ibu tersebut akan mengepos susu nya seminggu sekali melalui bas ekspress. (Aku ni nk keluar ke bandar pun susah. huhu..)
Lebih kurang sejam selepas itu, pesakit2 mula dipanggil masuk ke dalam bilik utk bertemu dengan doktor. Doktor bertanya kepada aku mengenai kesihatan aku dan bb. Aku cakap ok, cuma aku rasa pergerakannya kurang aktif sehari sebelumnya (mungkin rindukan sentuhan abinya kot. huhu). So, doktor mintak aku wat scan (utk tgk pergerakan bb) n CTG (utk memastikan degupan jantung itu baik). Alhamdulillah, semuanya normal. Syukur. Tapi rupanya doktor nak jugak aku masuk wad hari itu jgk sb aku ada GDM n klu boleh pagi itu juga. Aku mintak klu boleh nk masuk pagi esk, sebab macam mengejut je nk kne admit awal gitu. pepun, aku menurut saja. Lebih kurang kol 3.30 aku ditemani umi, abah n adik aku tiba di hospital. Setelah mendaftarkan diri di kaunter, aku dimasukkan ke wad 2 Baiduri. Bila aku inform kt suami yang aku kne masuk wad, die jadi gelisah n terus bertolak dari Bangi. Aku pesan padanya agar drive leklok.
Pesakit dalam wad tu, xlah ramai sangat. Mungkin dalam 10-15 org je. Masa itu aku perhatikan ramai doktor2 pelatih sedang wat research kt patients yg ada. Setelah siap mengemas, aku didekati 2 org doktor pelatih untuk mengambil darah. Alamak.. Inilah yang aku seram, doktor pelatih nak amek darah. Bukan apa, urat aku ni xbpe nampak. Die tgk lengan sebelah kanan. Die tepuk2, die kata xnampak. Tapi die cucuk jugak. aku rasa sakit. Arghh.. conform xmasuk la tu.. Pastu tgk sebelah kiri. Waahh.. yang ni nampak kak! Bagusla kalau macam tu. Biasanya aku tgk klu setiap kali misi amek darah. Tapi kali ni aku takut nak tgk. Dengan gembiranya doktor pelatih tu mula la mengambil darah aku. Adoiiyyyyy.. Sakitnyerrr.. Rupenyer die g cucuk kat bahagian urat yang bengkang-bengkok tu. Memangla kat situ uratnya nampak jelas. Tapi bentuknya xsesuai. Sampai ke hari ini, kesan lebam masih terasa. Sabauuuu je lerrr..
Kebanyakan patients yang masuk wad tu adalah yang ada sedikit masalah kandungan. Ada yang dah sampai due, tapi xberanak2 lg. Ada yang dah terukak jalan, tapi due lambat lg, ada yang nak mitak induce sb dah xlarat nak tunggu tarikh due dh walaupun kandungan baru 35 minggu (akak ni ngandung kembar tak seiras) dan ada juga yang ada masalah kencing manis macam aku. Malam itu, ujian CTG diadakan sekali lagi. Pagi esoknya pun kne buat lagi. Alhamdulillah, normal. Doc kata, klu xde pe2 aku boleh keluar pada esoknya. Aku tanya kot2 boleh balik terus pada hari kedua tu, dia kata xboleh lagi sebab die perlu cek lebih detail lagi. Huhu.. Tapi yang paling menenangkan hati aku bila suami ada di sisi. Lebih kurang jam 9 mlm die tibe di hospital. Rindunyer pada die. Hampir menitis air mata aku bila tgk org tercinta ada di depan mata. Lebih kurang 12 hari kami tidak bertemu... Tapi pertemuan kami pada malam itu tak lama, sebab masa tu bukan waktu melawat lagi dan suami tidak dibenarkan menunggu isteri di dalam wad.
Awal2 pg esoknya (sebelum kol 6 pg), nurse dtg cek BP n dgr degup jantung bb. Kataya normal.Doc pun mula datang cek setiap pesakit dlm kol 7. Ujian BSP dan CTG dibuat sekali lagi, dan didapati semuanya normal. Pemakanan dalam wad pun aku jaga sebaiknya sebab tak nak tinggal lama dalam wad. Hehe.. Selepas sesi ngan doc, dtg la plak doc yang lebih besar. Lecturer diorang lah kot. Dr. Nik Mohd Zuky. Katanya, aku xde tanda2 utk bsalin lagi n boleh tunggu sehingga minggu ke 40. Alhamdulillah... Malam itu pn doc, dtg observe lagi, tp kejap jer sebab everything is fine. Kebosanan berada dalam wad mmg tak boleh disangkal lagi. Tapi pandai2 lh kita mengatasinya sendiri.. Aku berborang dengan patient2 n nurses yg ada kat situ agar diri ini xla bosan n stress sementara dok dlm wad tu. Tengahari tu, suami dan family aku dtg melawat. Petang tu plak suami bawak mak n ayah mentua. Alhamdulillah.. Ramai yang sudi melawat aku.
Hari ketiga, rutin yang sama diteruskan di dalam wad. Tanggungjawab pada Allah diteruskan seperti biasa. Bacaan al-Quran juga aku amalkan seperti biasa. Surah Maryam, Yaasin dan Luqman dibaca selepas setiap kali solat. Doc n misi pun menjalankan rutin seperti biasa. Doc Nik Mohd Zuky juga dtglagi. Katanya, aku xperlu datang TCA minggu seterunya n perlu masuk wad 1/1/2012 nt. Awalnyer, suami aku baru nak bertolak balik dari Bangi n mungkin kne induce. Waaaa... takutnyaaa.... Tapi apa yang penting, aku dah dapat discaj pada hari tu. Sebelum balik, aku bersalam dengan 2 org akak (patient) yang kne stay dlm wad n melawat rakan2 satu wad yang baru sahaj selamat bersalin. Seronok je belaka tgk mereka. Setelah setel hal bil di kaunter taksiran dan ubat di farmasi aku pun balik ngan suami. (11.30 am)
Setelah menghantar aku pulang, kami makan2. Laparrr.. huhu... Sekarang ni, kekerapan aku makan adalah lebih kurang 3 jam sekali. huhu... Setelah kenyang, suami aku mula bersiap2 utk bertolak. Abang, susahnya untuk melepaskan dirimu, tapi terpaksa aku merelakannya kerana perginya dirimu untuk menjalankan tanggungjawabmu di sana. Insya-Allah kita berjumpa lagi sebelum syg bersalin yer.. Doakanlah keselamatan syg n bb di sini..
No comments:
Post a Comment