Selasa lalu, seperti biasa aku telah menghadiri tca kt HUSM. Sebelum berjumpa doktor, misi soh aku masuk n beberapa mommies lg masuk dlm satu bilik utk satu sesi ceramah mengenai penyusuan bayi. Biasanya maklumat mengenai penyusuan ini aku dapat melalui pembacaan dan perkongsian cerita dengan kawan2. Banyak sungguh khasiatnya. Aku sangat seronok mendengar penerangan misi tersebut dan sangat2 bharap dapat memberi penyusuan eksklusif bf pd anak aku sehingga umurnya 2 tahun.. Insya-Allah klu ada rezeki.. Apa pun, nak seribu daya, xnk seribu dalih. Tapi masalah utama yang mungkin menghalang harapan ku ini ialah sekiranya aku tidak dapat bertukar dan tinggal bersama anakku nanti.. Semoga Allah mempermudahkan permohonan kami.. Aminnn.. Ada diceritakan seorang ibu yang tidak tinggal dengan bb nya. Tapi dia berusaha juga memberi susu nya kpd anaknya yang tinggal di negeri berlainan. Ibu tersebut akan mengepos susu nya seminggu sekali melalui bas ekspress. (Aku ni nk keluar ke bandar pun susah. huhu..)
Lebih kurang sejam selepas itu, pesakit2 mula dipanggil masuk ke dalam bilik utk bertemu dengan doktor. Doktor bertanya kepada aku mengenai kesihatan aku dan bb. Aku cakap ok, cuma aku rasa pergerakannya kurang aktif sehari sebelumnya (mungkin rindukan sentuhan abinya kot. huhu). So, doktor mintak aku wat scan (utk tgk pergerakan bb) n CTG (utk memastikan degupan jantung itu baik). Alhamdulillah, semuanya normal. Syukur. Tapi rupanya doktor nak jugak aku masuk wad hari itu jgk sb aku ada GDM n klu boleh pagi itu juga. Aku mintak klu boleh nk masuk pagi esk, sebab macam mengejut je nk kne admit awal gitu. pepun, aku menurut saja. Lebih kurang kol 3.30 aku ditemani umi, abah n adik aku tiba di hospital. Setelah mendaftarkan diri di kaunter, aku dimasukkan ke wad 2 Baiduri. Bila aku inform kt suami yang aku kne masuk wad, die jadi gelisah n terus bertolak dari Bangi. Aku pesan padanya agar drive leklok.
Pesakit dalam wad tu, xlah ramai sangat. Mungkin dalam 10-15 org je. Masa itu aku perhatikan ramai doktor2 pelatih sedang wat research kt patients yg ada. Setelah siap mengemas, aku didekati 2 org doktor pelatih untuk mengambil darah. Alamak.. Inilah yang aku seram, doktor pelatih nak amek darah. Bukan apa, urat aku ni xbpe nampak. Die tgk lengan sebelah kanan. Die tepuk2, die kata xnampak. Tapi die cucuk jugak. aku rasa sakit. Arghh.. conform xmasuk la tu.. Pastu tgk sebelah kiri. Waahh.. yang ni nampak kak! Bagusla kalau macam tu. Biasanya aku tgk klu setiap kali misi amek darah. Tapi kali ni aku takut nak tgk. Dengan gembiranya doktor pelatih tu mula la mengambil darah aku. Adoiiyyyyy.. Sakitnyerrr.. Rupenyer die g cucuk kat bahagian urat yang bengkang-bengkok tu. Memangla kat situ uratnya nampak jelas. Tapi bentuknya xsesuai. Sampai ke hari ini, kesan lebam masih terasa. Sabauuuu je lerrr..
Kebanyakan patients yang masuk wad tu adalah yang ada sedikit masalah kandungan. Ada yang dah sampai due, tapi xberanak2 lg. Ada yang dah terukak jalan, tapi due lambat lg, ada yang nak mitak induce sb dah xlarat nak tunggu tarikh due dh walaupun kandungan baru 35 minggu (akak ni ngandung kembar tak seiras) dan ada juga yang ada masalah kencing manis macam aku. Malam itu, ujian CTG diadakan sekali lagi. Pagi esoknya pun kne buat lagi. Alhamdulillah, normal. Doc kata, klu xde pe2 aku boleh keluar pada esoknya. Aku tanya kot2 boleh balik terus pada hari kedua tu, dia kata xboleh lagi sebab die perlu cek lebih detail lagi. Huhu.. Tapi yang paling menenangkan hati aku bila suami ada di sisi. Lebih kurang jam 9 mlm die tibe di hospital. Rindunyer pada die. Hampir menitis air mata aku bila tgk org tercinta ada di depan mata. Lebih kurang 12 hari kami tidak bertemu... Tapi pertemuan kami pada malam itu tak lama, sebab masa tu bukan waktu melawat lagi dan suami tidak dibenarkan menunggu isteri di dalam wad.
Awal2 pg esoknya (sebelum kol 6 pg), nurse dtg cek BP n dgr degup jantung bb. Kataya normal.Doc pun mula datang cek setiap pesakit dlm kol 7. Ujian BSP dan CTG dibuat sekali lagi, dan didapati semuanya normal. Pemakanan dalam wad pun aku jaga sebaiknya sebab tak nak tinggal lama dalam wad. Hehe.. Selepas sesi ngan doc, dtg la plak doc yang lebih besar. Lecturer diorang lah kot. Dr. Nik Mohd Zuky. Katanya, aku xde tanda2 utk bsalin lagi n boleh tunggu sehingga minggu ke 40. Alhamdulillah... Malam itu pn doc, dtg observe lagi, tp kejap jer sebab everything is fine. Kebosanan berada dalam wad mmg tak boleh disangkal lagi. Tapi pandai2 lh kita mengatasinya sendiri.. Aku berborang dengan patient2 n nurses yg ada kat situ agar diri ini xla bosan n stress sementara dok dlm wad tu. Tengahari tu, suami dan family aku dtg melawat. Petang tu plak suami bawak mak n ayah mentua. Alhamdulillah.. Ramai yang sudi melawat aku.
Hari ketiga, rutin yang sama diteruskan di dalam wad. Tanggungjawab pada Allah diteruskan seperti biasa. Bacaan al-Quran juga aku amalkan seperti biasa. Surah Maryam, Yaasin dan Luqman dibaca selepas setiap kali solat. Doc n misi pun menjalankan rutin seperti biasa. Doc Nik Mohd Zuky juga dtglagi. Katanya, aku xperlu datang TCA minggu seterunya n perlu masuk wad 1/1/2012 nt. Awalnyer, suami aku baru nak bertolak balik dari Bangi n mungkin kne induce. Waaaa... takutnyaaa.... Tapi apa yang penting, aku dah dapat discaj pada hari tu. Sebelum balik, aku bersalam dengan 2 org akak (patient) yang kne stay dlm wad n melawat rakan2 satu wad yang baru sahaj selamat bersalin. Seronok je belaka tgk mereka. Setelah setel hal bil di kaunter taksiran dan ubat di farmasi aku pun balik ngan suami. (11.30 am)
Setelah menghantar aku pulang, kami makan2. Laparrr.. huhu... Sekarang ni, kekerapan aku makan adalah lebih kurang 3 jam sekali. huhu... Setelah kenyang, suami aku mula bersiap2 utk bertolak. Abang, susahnya untuk melepaskan dirimu, tapi terpaksa aku merelakannya kerana perginya dirimu untuk menjalankan tanggungjawabmu di sana. Insya-Allah kita berjumpa lagi sebelum syg bersalin yer.. Doakanlah keselamatan syg n bb di sini..
Sunday, December 25, 2011
Monday, December 19, 2011
Waiting for a new member in my family (2)
Last week, ms g check up ngn doc kt HUSM, doc soh get prepared sb kandungan dh ckup 37w. Die explain klu ada kencing manis, w-37 kire dh ckup bln. So, must be prepared lh. Kelmarin dulu ada kemaskan brg2 baby n brg2 aku yg nk kne bwk g spital nt.. Ntah kali ke bpe kemas ntah.. hehe.. But actually xde la excited sgt, sb suami jauh di mata. Xde smgt sgt nk beranak lg ni (ish3.. terukkan). Hrp2 sempat la die balik dulu, dan bersalin pada tarikh jangkaan. Apa pun kami sentiasa doakan yang terbaik utk anak kami. yang penting die selamat dilahirkan dan sihat wal afiat. Aminn..
So, atr stuff yg aku pikir perlu dibawak masa bsalin nt adalah spt di bwh. Ni pun dpt hasil perkongsian ngn kawan2 n carian dlm intnet. Happy sharing!
KEPERLUAN DI KAUNTER PENDAFTARAN
1. Kad pengenalan
2. Buku rekod kesihatan mengandung (buku warna merah tu)
3. Guarentee Letter (GL) / Kad insurans
BARANGAN KEPERLUAN BAYI
1. Baju baby - 3 psg
2. Topi, sarung tangan, sarung kaki
3. Kain bedung
4. Kain barut
5. Kain napkin + plastik napkin - 4 helai
6. Pampers
7. Nappy liner
8. Kain tuala
9. Barang mandian bayi (sabun, syampu, losyen, bedak)
10. Kapas
11. Wet tissu
12. Vicks
13. Mopiko
14. Minyak telon (utk elak bayi kembung perut)
BARANGAN KEPERLUAN IBU
1. Baju 3 helai (aku bwk baju t-shirt labuh khas utk nursing, senang nk bg susu nt. xpyh selak beria. hehe)
2. Stoking 1 psg
3. Kain batik 3 helai
4. Set mandian (kain tuala, sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut)
5. Selipar jepun
6. Maternity pad
7. Seluar dalam
8. Baju dalam
9. Tisu
10. Bam / minyak angin
BARANGAN YANG TERASA AGAK PENTING
1. Handphone + charger
2. Kamera + charger
3. Bedak muka
4. Lipstik
5. Minuman segera 3 in 1 (aku prefer minum kopi masad)
6. Biskut
*Ada org kata xperlu bawa buku@majalah ke hospital. Tenangkan diri anda. Kalau boleh banyakkan berzikir. Leh dgr org bc quran melalui hp je kn. So, jgn lupa bw earphone!
One more thing, hari tu misi ada pesan asingkan barangan yang nak dibawa masuk ke labour room n dalam wad. Kalau nk masuk labour room tu leh letak dalam beg plastik je. Contohnya cam baju bayi sepasang, kain tuala n pakaian kita.
So, itulah antara barangan yg perlu disediakan masa nak masuk spital nanti. Sebelum tu, saya nak mitak maap jika ada kesilapan dlm post kali ni coz this is my 1st experience. Doakan agar semuanya selamat ya! Aminnn.. (^_^)V
So, atr stuff yg aku pikir perlu dibawak masa bsalin nt adalah spt di bwh. Ni pun dpt hasil perkongsian ngn kawan2 n carian dlm intnet. Happy sharing!
KEPERLUAN DI KAUNTER PENDAFTARAN
1. Kad pengenalan
2. Buku rekod kesihatan mengandung (buku warna merah tu)
3. Guarentee Letter (GL) / Kad insurans
BARANGAN KEPERLUAN BAYI
1. Baju baby - 3 psg
2. Topi, sarung tangan, sarung kaki
3. Kain bedung
4. Kain barut
5. Kain napkin + plastik napkin - 4 helai
6. Pampers
7. Nappy liner
8. Kain tuala
9. Barang mandian bayi (sabun, syampu, losyen, bedak)
10. Kapas
11. Wet tissu
12. Vicks
13. Mopiko
14. Minyak telon (utk elak bayi kembung perut)
BARANGAN KEPERLUAN IBU
1. Baju 3 helai (aku bwk baju t-shirt labuh khas utk nursing, senang nk bg susu nt. xpyh selak beria. hehe)
2. Stoking 1 psg
3. Kain batik 3 helai
4. Set mandian (kain tuala, sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut)
5. Selipar jepun
6. Maternity pad
7. Seluar dalam
8. Baju dalam
9. Tisu
10. Bam / minyak angin
BARANGAN YANG TERASA AGAK PENTING
1. Handphone + charger
2. Kamera + charger
3. Bedak muka
4. Lipstik
5. Minuman segera 3 in 1 (aku prefer minum kopi masad)
6. Biskut
*Ada org kata xperlu bawa buku@majalah ke hospital. Tenangkan diri anda. Kalau boleh banyakkan berzikir. Leh dgr org bc quran melalui hp je kn. So, jgn lupa bw earphone!
One more thing, hari tu misi ada pesan asingkan barangan yang nak dibawa masuk ke labour room n dalam wad. Kalau nk masuk labour room tu leh letak dalam beg plastik je. Contohnya cam baju bayi sepasang, kain tuala n pakaian kita.
So, itulah antara barangan yg perlu disediakan masa nak masuk spital nanti. Sebelum tu, saya nak mitak maap jika ada kesilapan dlm post kali ni coz this is my 1st experience. Doakan agar semuanya selamat ya! Aminnn.. (^_^)V
Thursday, December 15, 2011
Waiting for a new member in my family (1)
Minggu ni sudah masuk minggu ke 37 aku mengandung... Byk pengalaman yang telah ditempuhi dari bulan ke bulan. Ada sahaja perkara baharu yang dipelajari. Dari satu bulan ke bulan ada sahaja perubahan yang dialami. Awal2 dulu aku tidak tahu apa maksud sbenar apa itu 'morning sickness' sampai bulan ke-3 dan ke-4. Ada juga yang tanya 'awk xde morning sickness ke? 'Morning sickness'? Apa tu?? Lepas tu la baru aku faham. Setiap pagi sebelum turun gi sekolah, aku sentiasa pastikan perut ini terisi terlebih dahulu. Memang tabiat daripada kecik lagi ponn.. Tapi masa musim 'morning sickness' tu, sampai je sekolah, terus termuntah balik. Kekadang tu, xsempat sampai sekolah dah muntah2 tgh jalan, w/pn jarak sekolah ngn umah tu dekat je. Mlm2 pn dh xdpt tido lena lg, sebab selalu tsedar batuk2 n muntah2. Masuk bulan ke-4 hingga ke-6, sakit belakang mula menyerang. MasyaAllah.. teruk sangat. Aku hanya boleh bertahan 10 minit je berdiri. Lepas tu kena cari tempat duduk. Kadang2 aku terpaksa menumpang bilik kaunseling untuk baring. Apalagi bila mengenangkan suami dan famili yang jauh di mata. Malam2 berendam air mata. Aku tahu ia tidak elok untuk baby. Suami selalu pesan. Aku rindu sangat dengan mereka. Tapi apalah dayaku. Permohonan pertukaran masih belum diluluskan. Namun, pengalaman yang paling best adalah bila dapat rasa pergerakan baby dalam perut ni, n apalagi bila dapat tgk die gerak2 dlm screen setiap kali g scan kt klinik swasta (lebih jelas bbanding kt spital). Subhanallah.. Ada janin dalam perut aku!!! Tak tergambar perasan itu.. Dan pergerakan itu semakin aktif dari hari ke hari. =) Happy sangat!! Kalau xsilap, aku dpt rasa gerakannya pada bulan ke-5. Tapi masa tu aku je yang leh rasa. Suami tak dapat rasa lagi. Dalam bulan ke-6, gerakannya semakin aktif. Suami teruja sangat apabila kali pertama die merasa tendangan baby kami. Kami tersenyum penuh kesyukuran dan kebahagiaan..
2 hari yang lalu, aku berjumpa doktor. Katanya kalau janin dah cukup 37 minggu, kandungan sudah dikira cukup bulan dan aku boleh bersalin bila-bila masa sahaja (sebab ada kencing manis masa preg). Jadi semua kelengkapan mestilah sudah disiapkan. Perasaan excited utk bersalin tu, naik turun. Bukan apa, suami tercinta jauh di mata (tapi sentiasa dekat di hati). Sebenarnya die tengah sambung belajar - Diploma Pendidikan di Kolej Poly Tech Mara, Bangi sehingga 1/1/2012.. n due aku 6/1/2012. Harap2 sempat lah abg balik dulu sebelum syg bersalin yer.. huhuhu.. Bukan apa.. Bagi aku, suami adalah sumber kekuatan utama aku selain famili. Apapun semuanya terserah kepada Ilahi. Yang penting baby ini lahir dalam keadaan selamat. InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)