Monday, May 25, 2009

HARI GURU SMK TPDPH NORMAH, DARO, SARAWAK

Hari Guru 2009 telah hampir 2 minggu berlalu, namun kehangatannya masih ku rasai. Kiranya, inilah pertama kali aku diraikan sempena Hari Guru secara rasmi. Sebelum ini Hari Guru ku raikan sewaktu zaman sekolah ku dulu. Meraikan guru-guru di sekolah kami. Seterusnya sewaktu menjadi guru praktikal di SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU.

Tepat jam 12.00 malam, 16 Mei 2009, berduyun-duyun mesej ucapan Hari Guru telah ku terima dari pelajar-pelajar ku. Malah sebelum tu juga telah ku terima. Semuanya berebut untuk jadi orang pertama yang memberi ucapan. Baru saja mata ini ingin lena, tiba-tiba sahaja telefon tanganku berbunyi, “tit, tit”, menandakan ada mesej masuk. Lagi ucapan Hari Guru daripada pelajar-pelajarku! Pelajar-pelajarku semasa praktikal dulu juga ada wish, Sue Go Wei, Farah Rosni, Kok An Tay dll. Cikgu sayang kamu semua!!!

Walaupun letaknya sekolah ku ini di kawasan luar bandar namun sambutannya sungguh meriah sekali. Majlis bermula jam 7.00 pagi. Pelbagai pertunjukan telah diadakan oleh para pelajar untuk meraikan guru-guru mereka yang dikasihi. Persembahan roket air, sajak, pancaragam, pantun, syair, dan yang paling istimewa adalah nyanyian lagu Guru Pembina Negara Bangsa oleh para guru SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJJAH NORMAH. Semua guru kelihatan bersemangat menyanyikan lagu tersebut. Tatkala dipersembahkan sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang, terdetik rasa haru dihatiku. “begitu sekali pengorbanan guru”. Lantas ingatanku kembali kepada memori lama bersama guru-guru dari tadika ke peringkat sekolah dan kelas-kelas tuisyen dulu yang telah banyak membantuku sehingga mencapai ke tahap ini. Begitu juga pada pensyarah di Universiti Malaya. Sungguh besar jasamu duhai guru-guruku. Hanya mampu ku balas dengan segulung ijazah dan sekalung doa kesejahteraaan buatmu.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, semua acara di tapak perhimpunan selesai. Setelah itu, guru-guru dijamu dengan sedikit hidangan sebelum sesi penggambaran. Sewaktu menunggu sesi penggambaran, beberapa pelajar telah mendekati aku. Rupa-rupanya mereka ingin memberi hadiah kepada ku. Terharu. Ada yang memberinya secara individu, ada juga wakil dari kelas. Terima kasih semua. Tapi seperti yang telah kamu ketahui bukanlah hadiah material yang diharapkan dari guru mu ini. Hanya kejayaan mu yang daku pinta. Seusai sesi penggambaran, semua guru dan pelajar asrama bergerak ke asrama kerana pada hari tersebut juga telah diadakan Hari Asrama Terbuka. Semua guru dijemput utntuk melawat di samping menilai asrama dari beberapa aspek seperti kebersihan, keceriaan dan sebagainya. Ada beberapa bilik pelajar yang agak emosional. Nampak aku dari jauh, mata air mereka sudah mula mengalir. Kenapa? Menyesali sifat-sifat nakal kamu di kelas kah? Apa gunanya air mata itu sekiranya ia hanyalah sebagai lakonan semata sayang-sayang ku! Cikgu sudah kenal sangat dengan kamu...

Setelah habis melawat semua asrama, semua guru menuju ke Dewan Belatong. Di situ para guru dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa di samping menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar. Pelbagai persambahan menarik telah dipertontonkan seperti pantomin, nyanyian, lakonan, tarian poco-poco, tarian Cina, band dan sebagainya. Sungguh menghiburkan sekali persembahan kalian. Tidak sempat semua persembahan aku pertontonkan, aku lantas bergegas ke kelas ku kerana pelajar-pelajar ku dari kelas 4C ingin mengadakan jamuan untukku. Aku turut menjemput beberapa rakan guru untuk meraikannya bersama. Kami makan-makan, berborak dan mengambil gambar bersama. Setelah itu, aku mulik (pulang) sekejap untuk berehat. Lebih kurang sejam selepas itu, aku turun lagi untuk meraikan Jamuan Hari Guru anjuran kelas 4B. Aturcaranya tersusun sekali. Dengan ucapan daripada guru kelas, wakil kelas, ucapan guru-guru dan membaca doa bersama-sama, barulah diadakan upacara memotong kek. Semua guru-guru juga mendapat hadiah masing-masing. Aku suka sekali dengan hadiah tersebut. Sebuah mug dengan ucapan “HAPPY TEACHER’S DAY” pada permukaan luarnya. Selepas itu kami mengambil gambar bersama. Sememangnya aku agak rapat juga dengan pelajar-pelajar dari kelas ini. Bagaikan kakak dengan adik. Seriously!! Setelah itu aku mengajak beberapa pelajarku ke tapak perhimpunan kerana di situ diadakan upacara sukaneka untuk guru-guru. Aku tidak menyertainya kerana tidak mengetahui kedudukan kumpulan aku. Mana boleh main masuk je kan. Nanti apa lak orang kata. Lalu aku berjalan-jalan sajalah dengan pelajar-pelajarku. Tidak lama kemudian aku pulang. Aku meminta pelajar-pelajarku pulang bersama kerana tanganku tidak muat untuk memegang hadiah. Agak banyak juga hadiah yang aku dapat tahun ni. =) Dan yang paling tidak ku sangka, budak yang nakal dan asyik kena dengan aku pun bagi hadiah gak kat aku. Terima kasih semua.

Begitu sajalah memori sambutan Hari Guru di SMK TPDPH NORMAH. Tahun depan di sekolah mana pula yang bakal ku sambut sambutan ini. Semeriah ini kah sambutannya. Semesra inikah juga hubungan ku dengan pelajar-pelajar di sana nanti? Wallahu’allam...

Sebelum mengakhiri penulisan blog ku pada kali ini, ingin ku menyertakan sekali sajak GURU OH GURU karya USMAN AWANG.

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Diala ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepasa negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

1979






















12 comments:

  1. nice..mcm best je jd guru ni..teringat pula dewan belatong yg lama ku tinggalkan..hehe

    ReplyDelete
  2. iiii ckgu......mcm knl jK dak bju kning 2,,,jaga bek...2 dak nma hasnan 2 yea?????jgn bg de tlpas dri kndang...hak...3

    ReplyDelete
  3. aishh... sape ni? xkan la cgu kt smk ** kot.. memang dh jg die tol2. tp akhir2 ni si hasnan tu dh mcm selalu dok kt pagar kandang je. cam nk cari peluang untuk lari dr kandang je.. huhu..=(

    ReplyDelete
  4. smk tpdphnd the best.. byk memori di sana.. terlalu awal untuk melupakan wlpun sudah 8tahun masa berlalu melangkah pergi dari smk normah.. banyak pahit dan manis di sana..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu...nk tanya ada tak guru seni visual bernama Mohd Syafiq MAnsor

    ReplyDelete
  6. nang punt smk normah dao tan bha ..btol nk ??#plajar normah 2014 u ..

    ReplyDelete
  7. Thank You and I have a super supply: Whole House Renovation Cost home renovation burnaby

    ReplyDelete