Sunday, May 31, 2009

Rahsia Seorang Wanita


Di bawah ini ada sedikit perkongsian mengenai hati seorang yang bernama wanita. Agak bertepatan dengan diriku, lalu dimasukkan ke dalam blogku sebagai perkongsian untuk semua pembaca. Thanks to Abie. <<>>

  1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata. Itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2. Bila dia menghiraukan kamu selepas kamu menyakitkan hati dia, lebih baik kamu berikan dia masa utk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegurnya kembali dan mengucapkan maaf.

  3. Wanita sebenarnya sukar utk mencari benda yg dia benci tentang orang yg die sayangi. (sbb itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan mereka putus di tengah jalan)

  4. Bila seseorang wanita itu jatuh cinta dgn seseorg lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada di pikiranya walau di mane jua dia berada.

  5. Wanita memang suka menerima pujian tetapi akan lebih bermakna bila insan yg amat dia sayangi memuji dirinya. Kerana hanya untuknyalah..dia ingin sentiasa tampak cantik dan menarik. Tiada yg lebih bererti selain dr pujian dr insan tersayang.

  6. Wanita sukar meluahkan apa yg mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah bagi mereka untuk meluahkan segala yg di rasai.

  7. Bila seseorang wanita melafazkan "aku cinta padamu" kepada sesorang lelaki, lelaki itu lah yg dia akan kongsikan segala2nya bersama dan dia benar2 memaksudkan ape yg dia lafaskan.

  8. Bila seseorg lelaki menatap ke dlm anak mata wanita yg menyintainya, wanita itu akan merasa malu dan menghindari kerana pd anak mata tergambar segala perasaan yg ada.

  9. Bila seseorang wanita marah dan mengatakan sesuatu yang menyakitkan, ketahuilah dia tidak bermaksud untuk mengatakannya cuma sekadar utk menyakitkan hatimu.

  10. Bila seseorang wanita itu menitiskan air mate kerana seseorang lelaki, itu bermakna lelaki itu amatbermakna di dalam hidupnya.
# Kota Kinabalu, nantikan kedatanganku!!!

Monday, May 25, 2009

HARI GURU SMK TPDPH NORMAH, DARO, SARAWAK

Hari Guru 2009 telah hampir 2 minggu berlalu, namun kehangatannya masih ku rasai. Kiranya, inilah pertama kali aku diraikan sempena Hari Guru secara rasmi. Sebelum ini Hari Guru ku raikan sewaktu zaman sekolah ku dulu. Meraikan guru-guru di sekolah kami. Seterusnya sewaktu menjadi guru praktikal di SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU.

Tepat jam 12.00 malam, 16 Mei 2009, berduyun-duyun mesej ucapan Hari Guru telah ku terima dari pelajar-pelajar ku. Malah sebelum tu juga telah ku terima. Semuanya berebut untuk jadi orang pertama yang memberi ucapan. Baru saja mata ini ingin lena, tiba-tiba sahaja telefon tanganku berbunyi, “tit, tit”, menandakan ada mesej masuk. Lagi ucapan Hari Guru daripada pelajar-pelajarku! Pelajar-pelajarku semasa praktikal dulu juga ada wish, Sue Go Wei, Farah Rosni, Kok An Tay dll. Cikgu sayang kamu semua!!!

Walaupun letaknya sekolah ku ini di kawasan luar bandar namun sambutannya sungguh meriah sekali. Majlis bermula jam 7.00 pagi. Pelbagai pertunjukan telah diadakan oleh para pelajar untuk meraikan guru-guru mereka yang dikasihi. Persembahan roket air, sajak, pancaragam, pantun, syair, dan yang paling istimewa adalah nyanyian lagu Guru Pembina Negara Bangsa oleh para guru SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJJAH NORMAH. Semua guru kelihatan bersemangat menyanyikan lagu tersebut. Tatkala dipersembahkan sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang, terdetik rasa haru dihatiku. “begitu sekali pengorbanan guru”. Lantas ingatanku kembali kepada memori lama bersama guru-guru dari tadika ke peringkat sekolah dan kelas-kelas tuisyen dulu yang telah banyak membantuku sehingga mencapai ke tahap ini. Begitu juga pada pensyarah di Universiti Malaya. Sungguh besar jasamu duhai guru-guruku. Hanya mampu ku balas dengan segulung ijazah dan sekalung doa kesejahteraaan buatmu.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, semua acara di tapak perhimpunan selesai. Setelah itu, guru-guru dijamu dengan sedikit hidangan sebelum sesi penggambaran. Sewaktu menunggu sesi penggambaran, beberapa pelajar telah mendekati aku. Rupa-rupanya mereka ingin memberi hadiah kepada ku. Terharu. Ada yang memberinya secara individu, ada juga wakil dari kelas. Terima kasih semua. Tapi seperti yang telah kamu ketahui bukanlah hadiah material yang diharapkan dari guru mu ini. Hanya kejayaan mu yang daku pinta. Seusai sesi penggambaran, semua guru dan pelajar asrama bergerak ke asrama kerana pada hari tersebut juga telah diadakan Hari Asrama Terbuka. Semua guru dijemput utntuk melawat di samping menilai asrama dari beberapa aspek seperti kebersihan, keceriaan dan sebagainya. Ada beberapa bilik pelajar yang agak emosional. Nampak aku dari jauh, mata air mereka sudah mula mengalir. Kenapa? Menyesali sifat-sifat nakal kamu di kelas kah? Apa gunanya air mata itu sekiranya ia hanyalah sebagai lakonan semata sayang-sayang ku! Cikgu sudah kenal sangat dengan kamu...

Setelah habis melawat semua asrama, semua guru menuju ke Dewan Belatong. Di situ para guru dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa di samping menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar. Pelbagai persambahan menarik telah dipertontonkan seperti pantomin, nyanyian, lakonan, tarian poco-poco, tarian Cina, band dan sebagainya. Sungguh menghiburkan sekali persembahan kalian. Tidak sempat semua persembahan aku pertontonkan, aku lantas bergegas ke kelas ku kerana pelajar-pelajar ku dari kelas 4C ingin mengadakan jamuan untukku. Aku turut menjemput beberapa rakan guru untuk meraikannya bersama. Kami makan-makan, berborak dan mengambil gambar bersama. Setelah itu, aku mulik (pulang) sekejap untuk berehat. Lebih kurang sejam selepas itu, aku turun lagi untuk meraikan Jamuan Hari Guru anjuran kelas 4B. Aturcaranya tersusun sekali. Dengan ucapan daripada guru kelas, wakil kelas, ucapan guru-guru dan membaca doa bersama-sama, barulah diadakan upacara memotong kek. Semua guru-guru juga mendapat hadiah masing-masing. Aku suka sekali dengan hadiah tersebut. Sebuah mug dengan ucapan “HAPPY TEACHER’S DAY” pada permukaan luarnya. Selepas itu kami mengambil gambar bersama. Sememangnya aku agak rapat juga dengan pelajar-pelajar dari kelas ini. Bagaikan kakak dengan adik. Seriously!! Setelah itu aku mengajak beberapa pelajarku ke tapak perhimpunan kerana di situ diadakan upacara sukaneka untuk guru-guru. Aku tidak menyertainya kerana tidak mengetahui kedudukan kumpulan aku. Mana boleh main masuk je kan. Nanti apa lak orang kata. Lalu aku berjalan-jalan sajalah dengan pelajar-pelajarku. Tidak lama kemudian aku pulang. Aku meminta pelajar-pelajarku pulang bersama kerana tanganku tidak muat untuk memegang hadiah. Agak banyak juga hadiah yang aku dapat tahun ni. =) Dan yang paling tidak ku sangka, budak yang nakal dan asyik kena dengan aku pun bagi hadiah gak kat aku. Terima kasih semua.

Begitu sajalah memori sambutan Hari Guru di SMK TPDPH NORMAH. Tahun depan di sekolah mana pula yang bakal ku sambut sambutan ini. Semeriah ini kah sambutannya. Semesra inikah juga hubungan ku dengan pelajar-pelajar di sana nanti? Wallahu’allam...

Sebelum mengakhiri penulisan blog ku pada kali ini, ingin ku menyertakan sekali sajak GURU OH GURU karya USMAN AWANG.

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Diala ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepasa negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

1979






















Friday, May 15, 2009

Lone Ranger @ Mukah

Assalamualaikum…

Well, it has been such along time that I do not spend my time for my blog. huhu.. First term examination is just over the corner and of course I would be so busy spending my time to make the examination paper for my subject, PHYSICS.


Actually I just back home from Mukah. I went there to replace Cikgu Amir for a meeting, while he has to attend another program. At first when I knew that I must replace him I was so worried. Worried because I have to get there alone and of course it is about my safety. I kept on asking myself. Is it gonna be okay if I go there alone?? But after arriving at the hotel, I felt a little bit of relief. I arrived there at about 10.10 a.m. Then I slept nearly two hours because of tiredness for resisting my sleepy mood when I was on the van. Then at about 2.00 p.m I went out to take for a walk. I went to so many shops there. Actually this is my second time I’m being here at Mukah. The first time was when I had to attend an interview on last March. So, I knew a little bit of some shops around this town. That time I came here with another four friends. But now, I went there alone. So, I became a lone ranger on that journey. haha…


After for about two hours taking a walk, I went to my hotel. arghh.. So boring to be a lone ranger. If my friends also came along with me, it won’t be this kinda boring. huhu… that night I went to bed early, slept in air-conditioned room. hihi.. nice!


the next morning, I woke up and out to the market which is also known as Pasar Tamu. Here, I could find so many fruits, fish, Sarawak food such as sagu and so on. But I found something new on that morning. Some kinds of jungle fruit which are known as buah serait and pulangason as shown in the picture below. (I’m sorry if there is mis-spelling here. huhu..).






Later, I went to my hotel and asked the guy at the counter to book me a taxi as soon as possible because I was late for my meeting. Alhamdulillah, after 10 minutes the taxi arrived and I also ready with my dress to the meeting. (I was with my t-shirt and trousers when I went to the market). After 10 minutes, I arrived at PPD Mukah. There, I had to find the Bilik Operasi UPP because the meeting would be held there.


I was so delighted to meet the entire Physics teacher around the district of Mukah. Yes, this was my first time to be with this group. There were only 8 Physics teachers from this district invited for this meeting. This meeting is known as Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan PEKA Fizik. So many many useful informations that I gained from this meeting. I think I was so lucky to attend the meeting because an assessment would be done at any time in June. Besides SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, other Physics teachers also came from SMK Mukah, SMK Three Rives, SMK Oya, SMK Belawai, SMK Dalat and SMKA Igan. Although this was our first time meeting, but the way we talked to each other was just like we already knew before. So sweet. Sharing information, asking about teaching progress, solving problem together. I hope I could attend this kinda meeting in some next time. Insya-Allah. The meeting end at about 12.30 p.m and later we were serving with delicious lunch. Thank you to Mr Nizzuan the chief of UPP at PPD Mukah for the serving. And of course this thanks is also goes to Cikgu Korni the Chief of Assessr of Mukah for her meaningful information. Later, I went to my hotel and rest. A night I did some note about what had been discussed from the meeting because I have to report to my headman.


And this morning, I woke up and out to Pasar Tamu again. This time I had a big reason to be there. I had to find 50 apples. This is one of activity for my organization. “An Apple for My Teacher…”. Later, I went to my hotel and prepared to check out. Nearly 12.30 p.m. I checked out from my room. I had to wait until 3.15 p.m. then only, the van that I rented came to fetch me. I arrived home at about 5.45 p.m. But one thing I forgot to bring back home. The important one! Guess what??? The apple!!!! I should stop at the market to take my apple. But because of the heavy rain, I forgot about it. What I remember that time was only to back to Daro as soon as possible. Miss Daro, miss my room,my students and my friends...