Thursday, December 17, 2009

>>>Luahan Hati Seorang Suami<<<

this article is taken from a fren who sent thru e-mel.. happy reading! ;))

kalo tak silap ni tulisan ketua editor sinar harian kelantandalam ruangan diari seorang lelaki

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.

Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Samsung Soul , Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.

Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.

Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu .... Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada.

Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah.

Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial. Wallahualam. - suami orang-

Thursday, October 22, 2009

Interesting SMS

Since the first day I used handphone. From SIEMENS, NOKIA 2300, and dot dot dot, until now, I've been receiving so many kind of messages that i think interesting. I received them from my friends, relatives, students and so on. Therefore, I think that I should save some of them in my journal so that I can share them with everyone who would be visiting my journal.

So, here there are:


Tadi AMBULANS datang sebab…

1 dunia cemas bila tau pasal persahabatan kita!

Pastu BOMBA pulak tiba2 datang sebab…

1 dunia cakap PERSAHABATAN kita sehangat api!

Tanpa diduga seorang ARKITEK datang bertanya …

Camana nak bina sebuah bangunan seutuh persahabatan kita?

Maka saya pun menjawab..

Berkawan biar jujur selalu!


Ibnu Qayyim berkata: Al’isyq (Mabuk asmara) akan menimpa hati yang tidak terisi oleh cinta Allah swt. Hati yang selalu berpaling pada-Nya dan mencari pengganti selain-Nya. Sebab apabila hati seseorang dipenuhi cinta kepada Allah dan selalu berharap berjumpa dengan-Nya, nescaya segala bentul al-isyq akan selamat darinya.


Demi Allah yang Maha Esa, sesungguhnya tidak disediakan jalan yangmudah untuk menuju CINTAMU, menitis air mata tatkala merasa JAUH… tetapi janji ALLAH tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Keranaku tetap yakin, Allah mengatakan: “Wajiblah CINTAKU kepada orang2 yang berkasih sayang kepadaku. (AS SYAHID HASSAN ALBANNA)


Jadikanlah yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang halus itu suara, yang luas itu ilmu dan yang manis itu SENYUMANMU.


Andai manusia bisa mendengar suara2 sang angina bertasbih, dedaun berzikir, cakrawala bertahmid, pasti mereka akan lebih tahu, lebih mengerti erti akan sebuah kehidupan, selaut kesyukuran dan segunung ketaatan. Di saat itu, yang angkuh akan tersimpuh, yang alpa akan teraba-raba, yang berdosa mengadu damba… Menagih setinggi kasihnya….


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik di antara kami?” Jawabnya: ”Seseorang yang apabila kamu memamndang, kamu teringat akan ALLAH, apabila kamu dengari percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat.”


Bila KEKUATAN yg dipohon, ALLAH beri RINTANGAN untuk dihadapi, bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, ALLAH beri MASALAH untuk diselesaikan, bila KASIH ALLAH yang dipohon,, ALLAH beri ORANG BERMASALAH untuk dibantu, bila PERTOLONGAN ALLAH yang dipohon, ALLAH beri PELUANG untuk diambil.



"Jagalah dirimu baik2.. usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."(nabi SAW)



Diriwayatkan bahawa perempuan nakal lebih disukai daripada lelaki jalang. Dalam kitab al Mashabih, Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang berzina, hilanglah imannyadan di atas kepalanya ada semacam kegelapan.Jika dia bertaubat dari perbuatan itu,iman akan kembali kepadanya.


# Actually the idea to put the messages here were from my fren. TQ pokcik.. hehe...



Monday, October 12, 2009

Jamuan Raya 4C


Assalamualaikum.. lmtidak berblog.. apelg semenjak ada FB ni.. hohoho...

Apa yg nk diabadikan dalam journal ni berkenaan Jamuan Hari Raya Tingkatan 4C (kelas aku daaa..).

Jamuan ni diadakan pada hari Jumaat minggu pertama sekolah, slps raya..
At first, this party couldn't happen. tp alhamdulillah.. sumenyer bjalan lancar..

Semua pelajar diminta memakai pakaian raya mereka. Perempuan dengan baju kurung, manakala lelaki dengan baju melayu lengkap bersama bersampin. Alhamdulillah.. semuanya senang mengikut arahan..

Petang tu, cikgu nk goreng keropok, tp rupenye minyak lak abes. adeeiihh.. nasib baik ade yg leh dimitak tlng. Mitak tlng dr student belikan kt pasar. So, terlambat la cket aku ke jamuan. Budak2 ni siap msj. "Makanan semua
dh siap hidang cikgu. Bila cikgu nk sampai ni?" Aduhai.. cikgu reply. "Cikgu tunggu minyak masak sampai.. Pas goreng keropok nt, cikgu turunla.." Xsabar dh agaknya budak neh. Kesian dorg. Dlm kol 3.30 aku sampai ke kelas. Disambut mesra oleh para pelajarku.. hihi..

Nape jamuan ni diadakan.. pertama ats permintaan pelajar. lgpun dpt mengeratkan ikatan hubungan pelajar dan guru..

So, inilah antara gambar yg sempat disnap semasa jamuan.

Pe pun, terima kasih kepada pelajar2 cikgu.. Terima kasih juga kepada pelajar2 dari kelas lain juga ya.. n sori kepada kelas sesi petang tu sekiranya kami agak terover petang tu.. hihi...



Lihatla kemeriahan kami ni..(^_^)V

























#masa balik ry hr tu, hardisk rosak bah.. aduhai.. sedey giler.. beratnye dugaanMu ya Allah..hbs sume document n pics.. huwaaaaa....

Friday, June 26, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum…

Lamanya tak update update blog aku ni… dah bersawang dah ni bak kata Maisarah.. hihi..

Sori la Sarah. Bukan sengaja tak nak update. Tapi wireless kat area Kak Long tak berapa bagus sekarang.

Em.. entri kali ni nak cite pasal ...... CUTI-CUTI MALAYSIA aku dan kawan-kawan ku iaitu Izzah dan Fariza, ke Sabah Negeri di bawah Bayu.. Seronok? of coz!! mey perlu asked anymore. (Melanau; mey = tak/tidak)

2 Jun 2009

Kami menaiki bot jam 3 petang ke Sibu menggunakan bot ekspress. Keadaan pada waktu itu sudah agak sesak. Tak disangka ramai orang ingin ke Sibu hari tu. Mereka kebanyakannya memang tinggal di Sibu dan pulang ke kampung di sekitar Daro sempena perayaan Hari Gawai. Kebiasaannya, mereka akan bercuti selama 2 hari untuk meraikannya. Kaum-kaum lain yang tidak meraikannya pun turut mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa selama 2 jam setengah telah menjadi sehingga 3 jam. Aduhai.... penatnya berdiri.. nasib baik ada orang baik hati gak nak bagi aku tempat duduk. Memang penuh bot tu. Sampai atas bumbung. huhu...

Setelah tiba di jeti, kami semua bergegas ke hotel yang berdekatan. Kami bermalam di sana sebelum bertolak ke Kota Kinabalu.

3 Jun 2009

11 pagi: Kami check out dari hotel dan terus ke airport. Lebih kurang setengah jam, kami tiba di sana. Masa tu lom boleh check in. So, kami pergi makan2 dl di restoran kat airport tu. Then, solat jamak serta qasar zuhur dan asar di airport. Pastu, check in. Penerbangan kami lambat lagi. Jam 3 petang. So, kami duduk di departure hall. Tak sabar dah nak naik flight ke KK ni. hihi… flight AK6084, 03 JUN 2009, 1500 HOURS.

Kira2 jam 4.15 ptg, kami tiba di airport. Sebelum sampai, sempat lagi aku snap beberapa keping pics. Wah… KK, cantiknya!!! Air laut biru kehijauan. Terdapat banyak juga kapal di tengah laut tu. Setibanya di airport, kami menaiki teksi dan terus ke hotel yang telah di tempah awal2 lagi. Kami tempah untuk tempoh selama seminggu. So, dapat la harga kurang sikit. Jimat2..=) hihi…

Malam tu kami keluar cari makanan kat Wisma Merdeka. Lapar! huhu… Banyak gak kedai2 yang menarik perhatian kami di sini. Tapi apa yang penting mesti cari selipar sebab esoknya nak gi pulau lak! ^_^ V

4 Jun 2009

Kat KK ni, jam 5.30 pagi sudah terang benderang. Aku baru je bangun nak solat Subuh. huhu..

Setelah bersiar2 kami semua dengan hati yang berkobar2 berjalan kaki ke Jesselton Wharft. Nape perlu ke sana? Sebab kat sana lah jeti untuk ke pulau. Kami beli tiket dan mendengar sedikit sebanyak information mengenai pulau2 yang ada di sekitar jeti tersebut. Terdapat 5 buah pulau berhampiran. Tapi kami hanya pergi ke Pulau Mamutik, Manukan dan Pulau Sapi. Pulau Sulug kami tidak pergi kerana dari maklumat yang kami dapat, biasanya pelancong tidak pergi ke sana. Tambangnya pun takla mahal. Rm 17.00 bahagi tiga… Murah je kan? =)

First, kami ke Pulau Mamutik, perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Seronok sangat dapat naik bot yang membelah laut yang biru kehijauan ini. Jernih sungguh airnya. Nampak coral dalam tu. Subhanallah! Sesampai kat pulau, kami menukar pakaian dan pergi mencari port yang baik punya! Haa.. kat sini takde orang. Em... sesuai la untuk tiga orang anak dara yang manis ni berendam. hihi... Pastu apa lagi, berendam la. Nak berenang tak pandai. Kalau pandai berenang dan menyelam, sah2 aku sewa goggle. Leh tengok coral di dasar laut. It’s juz fine. Dapat berendam kat tepi pantai tu pun dah ok dah. Tengah2 berendam tu, ada beberapa kumpulan ikan kecil datang berenang di samping kami. Waahh.. memang masyuk lah! Kami semua berusaha menagkap ikan2 kecik tu, tapi tak dapat. Culas sungguh ikan2 ni. Setelah puas berendam, kami tukar pakaian dan naik bot lagi. Perjalanan seterusnya adalah ke Pulau Manukan. Sebelum berhenti di jeti, pemandu tersebut membawa kami pusing2 di sekitar pulau tersebut. Banyak juga maklumat yang kami dapat. Kami dapat tengok baaaanyak coral di situ. Airnya cukup jernih. Betul!! Kat sini lagi banyak ikan yang cantik2. Kami bagi makan kepada ikan2 di sini. Sekali baling saja, penuh ikan mengerumuni makanan tersebut. Subhanallah!

Kat sini, kami pusing2 pulau saja, tak dapat mandi lagi sebab kat pulau ni dah ramai orang. Pelancong dari luar negara memang ramai lah kt sini. Warga asing pun tahu tahu keindahan tempat2 di negara kita. Malu lah sekiranya kita sebagai warga negara ini, tidak dapat menikmati keindahan tempat2 yang menarik di negara sendiri kan?

5 Jun 2009

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami keluar berjalan2 di bandar KK ini. Wah.. Suasananya tak ubah seperti berada di semenanjung saja. Kelihatan lebih ramai orang Melayu jika dibandingkan dengan Sarawak, sebab di sini aku dapati orang yang memakai tudung lebih ramai. Tudung labuh pula tuh. Aku agak kagum juga dengan keadaan ini. Sambil2 jalan, snap sini snap sana! Jalan punya jalan, sampailah kami di Pasar Besar Kota Kinabalu. Kami ke tingkat atas untuk sarapan. Makanan di sini juga murah. Tapi kami hanya minum air dan makan sedikit kuih sekadar untuk mengalas perut. Kalau makan nasi pun murah je. Empat laum Rm 3.00 je! Murah kan? Seterusnya, kami pusing2 atas pasar tu dan aku membeli sebuah beg tarik. Bajet bawak balik banyak barang lah tu! Haha.. Later, kami semua turun dan menuju ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Pasar Filipina. Wah3!!! Sinilah tempat yang kami hendak sangat2 datang. Apa ada kat sini?? Terdapat pelbagai bentuk gelang, rantai, kerongsang yang diperbuat daripada mutiara. Kami bertiga pun apa lagi.. Bulat mata2 kami memilih! hihi... Tapi pagi tu kami tidak shopping sangat. Survey je dulu. Nanti esok lusa datang la beli. Labat lagi nak balik. Petang tu tak la lama sangat kami jalan2. Sebab malam nanti keluar lagi!

Malam tu kami keluar lagi. Ada orang nak belanja makan. Kawan Fariza yang bertugas di KK, Lan. Dia membawa kami ke gerai2 yang menjual makanan laut. Apa kami order??? Ikan kerabu bakar, sotong, ketam,udang. Wah3, sedap sehingga menjilat jari. Total: RM 92.00. Tunai. haha.. Menurut Lan, kebanyakan orang yang niaga di sini datangnya dari Filipina. Ooooo…

Setelah kenyang, kami dibawa berjalan, cuti mata tengok2 gelang, kerongsang. haha.. Dari Pasar Malam Sinsuran ke Pasar Malam Kampung Air. Boleh dikatakan 90 % peniaga di situ menjual barangan seperti mutiara, gelang, rantai dan kerongsang. Manakala yang selebinya peniaga pakaian, makanan, beg dan sebagainya.

6 Jun 2009

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami turun dan sarapan di Pasar Besar KK. Selepas tu, apalagi. kami bertiga serbu Pasar Kraftangan. Borong sunguh-sunguh. Beli itu, beli ini.Butang baju melayu, gelang, kerongsang dsb. Berjam2 kami di pasar tersebut. Pompuan!!! hihi... Selepas itu, sempat lagi kami berjalan2 di sekitar bandar KK. Jam 5.00 petang di Sabah tidak sama seperti di semenanjung. Suasananya sudah senja. Jadi, kami semua pulang ke hotel.

Malam itu pula, kami pergi lagi ke Pasar Malam Kampung Air. Masa tu tak survey dah. Beli terus. T-shirt, kerongsang dll. Beli dan beli!!!

7 Jun 2009

Hajat dihati hendak rehat2 saja di hotel. Tapi rupanya masih ada barangan yang belum dibeli. Pesanan kawan-kawan la. Takpe. Tak kisah pun. Sebab memang seronok pergi beli barangan kat pasar tu. hihi...

Petang tu, kami ke Pantai Tanjung Aru. Waa.. ramainya orang kat pantai ni. Kami berjalan di pesisir pantai. Pastu, makan. Kat sini macam2 ada. Kami tempah sate dan air kelapa. Pastu beli jagung rebus, kacang rebus dan jeruk. Memang rasa tol2 cam dok kt semenanjung. Kat Sarawak ni susah cket la. huhu... Pastu kami duduk2 di tepi pantai. Manikmati angin pantai. Nyaman sungguh! Aku memang suka gi jalan pantai. Maybe sebab Abah suka bawak aku gi pantai masa kecik2 dulu kot. Pantai ni juga berdekatan dengan airport. So, nampak jugalah flight yg nak berlepas dan mendarat.

8 – 9 Jun 2009

Hari yang ditunggu2 sudah tiba. Temph dua hari ini kami berjalan2 di sekitar Kundasang lak. Perjalanan bermula lebih kurang 8.00 pagi. Kami ke Kundasang dengan menaiki kereta yang telah ditempah dari awal2 lagi. (Tempah kereta + driver) Lebih kurang jam 10.30 kami sudah tiba di Kundasang. Dari jauh lagi sudah nampak Gunung Kinabalu yang gah itu. Wah, ni lah 1st time aku tgk yg real. Subhanallah. Tinggi betul! Lebih kurang setengah jam, kami tiba di kaki gunung. Sejuknya seperti berada di Cameron Highlands. Sememangnya udara sini sungguh nyaman. Nyaman sekali!!

Di sini banyak juga tempat yang kami singgah untuk menikmati keindahan dan kecantikan di Kundasang ini. Antaranya Poring Hot Spring (kolam air panas), kilang Teh Sabah, Taman Pertanian Sabah dan Muzium Sabah. Tapi banyak juga tempat yang kami nak pergi tapi tak sempat. Tidak Aku berhajat nak tengaok orang utan kat Sepilok dan bunga raflesia. Tapi xsempat. Fariza lak nak naik titi gantung, tapi hajat tak kesampaian. huhu.. Tak mengapalah. Kalau ada rezeki, sampaillah lagi ke sana. Selain ke Kundasang, kami juga ke Keningau, Tenom dan Ranau. Berjalan sungguh.

10 Jun 2009

Hari ni kami udah perlu pulang ke Sarawak. Sedihnya nak tinggal KK. Agak2 nya sampai lagi ke tak eh? Mata aku tak lepas memandang air biru laut. Aku pandang sampai flight dah berada di atas awan putih. huhu…

Percutian kali ini memang banyak memberi pengalaman baru kepada kami. Banyak juga manfaat yang kami dapat… Dengan melancong macam ni, kita dapat melihat tempat orang, budaya, makanan dan sebagainya. Hubungan kami juga jadi lebih rapat. Selain itu kita akan menyedari kebesaran Ilahi yang mencipta tempat2 yang indah sebegini. Subhanallah!


# To Ja & Izzah, ada rezeki, kita gi jalan2 lagi ye! Seronok jalan2 ngan korang.(^_^)V

# Kalau anda dalam tempoh pra-haid, xperlu lah bercuti tempat2 ni. Habis terganggu mood orang lain yang nak berjalan sama. huhu... =P

Sunday, May 31, 2009

Rahsia Seorang Wanita


Di bawah ini ada sedikit perkongsian mengenai hati seorang yang bernama wanita. Agak bertepatan dengan diriku, lalu dimasukkan ke dalam blogku sebagai perkongsian untuk semua pembaca. Thanks to Abie. <<>>

  1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata. Itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2. Bila dia menghiraukan kamu selepas kamu menyakitkan hati dia, lebih baik kamu berikan dia masa utk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegurnya kembali dan mengucapkan maaf.

  3. Wanita sebenarnya sukar utk mencari benda yg dia benci tentang orang yg die sayangi. (sbb itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan mereka putus di tengah jalan)

  4. Bila seseorang wanita itu jatuh cinta dgn seseorg lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada di pikiranya walau di mane jua dia berada.

  5. Wanita memang suka menerima pujian tetapi akan lebih bermakna bila insan yg amat dia sayangi memuji dirinya. Kerana hanya untuknyalah..dia ingin sentiasa tampak cantik dan menarik. Tiada yg lebih bererti selain dr pujian dr insan tersayang.

  6. Wanita sukar meluahkan apa yg mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah bagi mereka untuk meluahkan segala yg di rasai.

  7. Bila seseorang wanita melafazkan "aku cinta padamu" kepada sesorang lelaki, lelaki itu lah yg dia akan kongsikan segala2nya bersama dan dia benar2 memaksudkan ape yg dia lafaskan.

  8. Bila seseorg lelaki menatap ke dlm anak mata wanita yg menyintainya, wanita itu akan merasa malu dan menghindari kerana pd anak mata tergambar segala perasaan yg ada.

  9. Bila seseorang wanita marah dan mengatakan sesuatu yang menyakitkan, ketahuilah dia tidak bermaksud untuk mengatakannya cuma sekadar utk menyakitkan hatimu.

  10. Bila seseorang wanita itu menitiskan air mate kerana seseorang lelaki, itu bermakna lelaki itu amatbermakna di dalam hidupnya.
# Kota Kinabalu, nantikan kedatanganku!!!

Monday, May 25, 2009

HARI GURU SMK TPDPH NORMAH, DARO, SARAWAK

Hari Guru 2009 telah hampir 2 minggu berlalu, namun kehangatannya masih ku rasai. Kiranya, inilah pertama kali aku diraikan sempena Hari Guru secara rasmi. Sebelum ini Hari Guru ku raikan sewaktu zaman sekolah ku dulu. Meraikan guru-guru di sekolah kami. Seterusnya sewaktu menjadi guru praktikal di SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU.

Tepat jam 12.00 malam, 16 Mei 2009, berduyun-duyun mesej ucapan Hari Guru telah ku terima dari pelajar-pelajar ku. Malah sebelum tu juga telah ku terima. Semuanya berebut untuk jadi orang pertama yang memberi ucapan. Baru saja mata ini ingin lena, tiba-tiba sahaja telefon tanganku berbunyi, “tit, tit”, menandakan ada mesej masuk. Lagi ucapan Hari Guru daripada pelajar-pelajarku! Pelajar-pelajarku semasa praktikal dulu juga ada wish, Sue Go Wei, Farah Rosni, Kok An Tay dll. Cikgu sayang kamu semua!!!

Walaupun letaknya sekolah ku ini di kawasan luar bandar namun sambutannya sungguh meriah sekali. Majlis bermula jam 7.00 pagi. Pelbagai pertunjukan telah diadakan oleh para pelajar untuk meraikan guru-guru mereka yang dikasihi. Persembahan roket air, sajak, pancaragam, pantun, syair, dan yang paling istimewa adalah nyanyian lagu Guru Pembina Negara Bangsa oleh para guru SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJJAH NORMAH. Semua guru kelihatan bersemangat menyanyikan lagu tersebut. Tatkala dipersembahkan sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang, terdetik rasa haru dihatiku. “begitu sekali pengorbanan guru”. Lantas ingatanku kembali kepada memori lama bersama guru-guru dari tadika ke peringkat sekolah dan kelas-kelas tuisyen dulu yang telah banyak membantuku sehingga mencapai ke tahap ini. Begitu juga pada pensyarah di Universiti Malaya. Sungguh besar jasamu duhai guru-guruku. Hanya mampu ku balas dengan segulung ijazah dan sekalung doa kesejahteraaan buatmu.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, semua acara di tapak perhimpunan selesai. Setelah itu, guru-guru dijamu dengan sedikit hidangan sebelum sesi penggambaran. Sewaktu menunggu sesi penggambaran, beberapa pelajar telah mendekati aku. Rupa-rupanya mereka ingin memberi hadiah kepada ku. Terharu. Ada yang memberinya secara individu, ada juga wakil dari kelas. Terima kasih semua. Tapi seperti yang telah kamu ketahui bukanlah hadiah material yang diharapkan dari guru mu ini. Hanya kejayaan mu yang daku pinta. Seusai sesi penggambaran, semua guru dan pelajar asrama bergerak ke asrama kerana pada hari tersebut juga telah diadakan Hari Asrama Terbuka. Semua guru dijemput utntuk melawat di samping menilai asrama dari beberapa aspek seperti kebersihan, keceriaan dan sebagainya. Ada beberapa bilik pelajar yang agak emosional. Nampak aku dari jauh, mata air mereka sudah mula mengalir. Kenapa? Menyesali sifat-sifat nakal kamu di kelas kah? Apa gunanya air mata itu sekiranya ia hanyalah sebagai lakonan semata sayang-sayang ku! Cikgu sudah kenal sangat dengan kamu...

Setelah habis melawat semua asrama, semua guru menuju ke Dewan Belatong. Di situ para guru dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa di samping menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar. Pelbagai persambahan menarik telah dipertontonkan seperti pantomin, nyanyian, lakonan, tarian poco-poco, tarian Cina, band dan sebagainya. Sungguh menghiburkan sekali persembahan kalian. Tidak sempat semua persembahan aku pertontonkan, aku lantas bergegas ke kelas ku kerana pelajar-pelajar ku dari kelas 4C ingin mengadakan jamuan untukku. Aku turut menjemput beberapa rakan guru untuk meraikannya bersama. Kami makan-makan, berborak dan mengambil gambar bersama. Setelah itu, aku mulik (pulang) sekejap untuk berehat. Lebih kurang sejam selepas itu, aku turun lagi untuk meraikan Jamuan Hari Guru anjuran kelas 4B. Aturcaranya tersusun sekali. Dengan ucapan daripada guru kelas, wakil kelas, ucapan guru-guru dan membaca doa bersama-sama, barulah diadakan upacara memotong kek. Semua guru-guru juga mendapat hadiah masing-masing. Aku suka sekali dengan hadiah tersebut. Sebuah mug dengan ucapan “HAPPY TEACHER’S DAY” pada permukaan luarnya. Selepas itu kami mengambil gambar bersama. Sememangnya aku agak rapat juga dengan pelajar-pelajar dari kelas ini. Bagaikan kakak dengan adik. Seriously!! Setelah itu aku mengajak beberapa pelajarku ke tapak perhimpunan kerana di situ diadakan upacara sukaneka untuk guru-guru. Aku tidak menyertainya kerana tidak mengetahui kedudukan kumpulan aku. Mana boleh main masuk je kan. Nanti apa lak orang kata. Lalu aku berjalan-jalan sajalah dengan pelajar-pelajarku. Tidak lama kemudian aku pulang. Aku meminta pelajar-pelajarku pulang bersama kerana tanganku tidak muat untuk memegang hadiah. Agak banyak juga hadiah yang aku dapat tahun ni. =) Dan yang paling tidak ku sangka, budak yang nakal dan asyik kena dengan aku pun bagi hadiah gak kat aku. Terima kasih semua.

Begitu sajalah memori sambutan Hari Guru di SMK TPDPH NORMAH. Tahun depan di sekolah mana pula yang bakal ku sambut sambutan ini. Semeriah ini kah sambutannya. Semesra inikah juga hubungan ku dengan pelajar-pelajar di sana nanti? Wallahu’allam...

Sebelum mengakhiri penulisan blog ku pada kali ini, ingin ku menyertakan sekali sajak GURU OH GURU karya USMAN AWANG.

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Diala ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepasa negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

1979






















Friday, May 15, 2009

Lone Ranger @ Mukah

Assalamualaikum…

Well, it has been such along time that I do not spend my time for my blog. huhu.. First term examination is just over the corner and of course I would be so busy spending my time to make the examination paper for my subject, PHYSICS.


Actually I just back home from Mukah. I went there to replace Cikgu Amir for a meeting, while he has to attend another program. At first when I knew that I must replace him I was so worried. Worried because I have to get there alone and of course it is about my safety. I kept on asking myself. Is it gonna be okay if I go there alone?? But after arriving at the hotel, I felt a little bit of relief. I arrived there at about 10.10 a.m. Then I slept nearly two hours because of tiredness for resisting my sleepy mood when I was on the van. Then at about 2.00 p.m I went out to take for a walk. I went to so many shops there. Actually this is my second time I’m being here at Mukah. The first time was when I had to attend an interview on last March. So, I knew a little bit of some shops around this town. That time I came here with another four friends. But now, I went there alone. So, I became a lone ranger on that journey. haha…


After for about two hours taking a walk, I went to my hotel. arghh.. So boring to be a lone ranger. If my friends also came along with me, it won’t be this kinda boring. huhu… that night I went to bed early, slept in air-conditioned room. hihi.. nice!


the next morning, I woke up and out to the market which is also known as Pasar Tamu. Here, I could find so many fruits, fish, Sarawak food such as sagu and so on. But I found something new on that morning. Some kinds of jungle fruit which are known as buah serait and pulangason as shown in the picture below. (I’m sorry if there is mis-spelling here. huhu..).






Later, I went to my hotel and asked the guy at the counter to book me a taxi as soon as possible because I was late for my meeting. Alhamdulillah, after 10 minutes the taxi arrived and I also ready with my dress to the meeting. (I was with my t-shirt and trousers when I went to the market). After 10 minutes, I arrived at PPD Mukah. There, I had to find the Bilik Operasi UPP because the meeting would be held there.


I was so delighted to meet the entire Physics teacher around the district of Mukah. Yes, this was my first time to be with this group. There were only 8 Physics teachers from this district invited for this meeting. This meeting is known as Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan PEKA Fizik. So many many useful informations that I gained from this meeting. I think I was so lucky to attend the meeting because an assessment would be done at any time in June. Besides SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, other Physics teachers also came from SMK Mukah, SMK Three Rives, SMK Oya, SMK Belawai, SMK Dalat and SMKA Igan. Although this was our first time meeting, but the way we talked to each other was just like we already knew before. So sweet. Sharing information, asking about teaching progress, solving problem together. I hope I could attend this kinda meeting in some next time. Insya-Allah. The meeting end at about 12.30 p.m and later we were serving with delicious lunch. Thank you to Mr Nizzuan the chief of UPP at PPD Mukah for the serving. And of course this thanks is also goes to Cikgu Korni the Chief of Assessr of Mukah for her meaningful information. Later, I went to my hotel and rest. A night I did some note about what had been discussed from the meeting because I have to report to my headman.


And this morning, I woke up and out to Pasar Tamu again. This time I had a big reason to be there. I had to find 50 apples. This is one of activity for my organization. “An Apple for My Teacher…”. Later, I went to my hotel and prepared to check out. Nearly 12.30 p.m. I checked out from my room. I had to wait until 3.15 p.m. then only, the van that I rented came to fetch me. I arrived home at about 5.45 p.m. But one thing I forgot to bring back home. The important one! Guess what??? The apple!!!! I should stop at the market to take my apple. But because of the heavy rain, I forgot about it. What I remember that time was only to back to Daro as soon as possible. Miss Daro, miss my room,my students and my friends...




Wednesday, April 15, 2009

~Sekeping Lembaran Buat Pelajar-pelajarku Sayang~


Assalamualaikum pelajar2 cikgu sayang,

Tadikan kita buat ujian utk bab SETS. Kenapa tak nak duduk baik2, jawab betul2 soalan yang cikgu beri tu? Penat saja Cikgu cari soalan, tapi kamu buat macam kertas yang Cikgu bagi tak de nilai pun. Dikacau lagi kawan2 yangingin belajar tu. Rugi saja kertas soalan fotostat banyak2 utk uji minda kamu mengenai bab ini. Penat2 je Pak Cik Amir fotostat untuk kamu semua. Kalau kamu tak suka ujian macam ni, xmengapalah. Lepas ni kita takkan buat apa2 ujian lagi la. Cikgu masuk dan ajar saja apa yang perlu diajar. Lepas beberapa minggu dan bulan belajar, bertemu lagi dengan peperiksaan Penggal Pertama. Jadi, kamu semua akan terus hadapi peperiksaan tanpa diuji pengetahuan kamu. Xmengapalah kan. Memang itu yang kamu nak kan?

Lepas ni kita belajar biasa2 sajalah. Tanpa ada sebarang aktiviti lagi. Lepas ni xperlulah uji kefahaman kamu semua cam yang kita buat sebelum ni. Xperlu lagi Cikgu jemput kamu ke dapan untuk mencuba soalan yang Cikgu beri. Cikgu masuk, ajar, bagi soalan dan Cikgu sendiri yang jawab. Itu cara yang kamu nak kan? kan.. kan.. kan…If that’s ok with you, then it’s ok with me too.

Tapi kamu fikirlah pelajar2 ku sayang. Cuba buka minda kamu semua. Fikir masa depan kamu, famili kamu, saudara mara kamu dan yang penting bangsa kamu (terutamanya Melanau). Kalau kamu tidak mula fikir dari sekarang, maka rugilah masa kamu nanti. Hancurlah masa depan kamu, anak bangsa kamu jika kamu xnk berubah. Kamu mahukah masa depan kamu semua akan dipandang sebelah mata sahaja. Apa kamu rasa jika ada wakil dari kaum kamu yang berjaya? Tidakkah kamu akan berasa bangga dengannya? Malah kamu juga tiba2 akan mengaku dia sebagai saudara kamu.

Cikgu datang dari jauh. Telah terpilih untuk bersama kamu. Membangunkan bangsa kamu. Siapa kamu? Anak siapa kamu? Bangsa apa kamu? Cikgu xkisah pun. Cikgu akan bantu kamu semua sedaya yang mungkin. Pagi petang hingga ke malam Cikgu sanggup turun mengajar kamu, untuk pastikan kamu berjaya. Sekarang bergantung pada diri kamu sendirilah. Pilihlah jalan yang lurus dan yang baik. Cikgu percaya kamu semua sudah mumayyiz. Sudah tahu mana yang bersih, mana yang kotor. Mana yang halal, mana yang haram. Mana yang baik, mana yang buruk. Jadi bergantung pada kamula macamana kamu nak ubah diri kamu menjadi seorang yang lebih positif, lebih dari yang sebelum ini.

Berubahlah pelajar2 ku sayang. Tak rugi kalau kita berubah ke arah yang baik. Siapa yang untung kalau kamu rajin. Cikgu ker? xde kaitan pun dengan Cikgu. Kamu la yang untung. Cuma Cikgu akan rasa tenang melihat kamu semua dapat menerima segala ilmu yang Cikgu sampaikan dan berjaya dalam hidup kamu.

Apa yang Cikgu Teo terangkan tadi, terimalah nasihat darinya sebaik mungkin. Cikgu Mortadza pun baru saja masuk kelas semalam, memberi kamu kata2 yang penuh semangat. Cikgu percaya kamu semua berasa semangat semasa mendengar kata-kata darinya, kan? Kami para cikgu akan menolong kamu semua. Tapi apa yang penting adalah, kamu mesti menolong diri kamu sendiri. Berubahlah sayang-sayangku semua. Insya-Allah Cikgu akan sentiasa mendoakan kefahaman dan kejayaan kamu semua ya sayang....

Love,
Cikgu Zawatil.


Tuesday, April 14, 2009

KUPAS AND IKAN LUMIK

Salam n hye to everybody,


Hari ini kita saya nak memperkenalkan dua jenis makanan yang sangat femes kt Sarawak ni terutamanya di kalangan kaum Melanau. Pertama sekali kita akan menyingkap mengenai cara pembuatan udang salai @ lebih femes dengan panggilan KUPAS. Menurut salah seorang rakan sekerja ku, Kak Sara yang sememangnya orang Melanau, terdapat tiga kaedah penghasilan makanan ini.


Kaedah pertama adalah dengan dengan mengopek kulit udang. Kemudian udang tersebut diletakkan di atas jaring yang mana di bawahnya diletakkan bara api yang secukupnya. Jaringan tempat udang itu diletakkan mestilah dalam kedudukan yang senget. Udang tersebut diletakkan di atas bara api tersebut sehingga masak dan kering. Kupas jenis ini sedap dimasukkan ke dalam masakan kari yang diletakkan bersama-sama ubi keledek. Nyum2…


Kaedah kedua pula, udang direbus dahulu dan diletakkan bersama sedikit garam. Toskan udang dan letakkan di atas jaringan besi yang mana di bawahnya diletakkan bara api. Biarkan sehingga ia masak dan kering. Setelah itu, masukkan udang ke dalam guni, pukul sehingga kulitnya tercabut sendiri lalu dijemur sehingga kering. Kupas jenis ini sedap dimasukkan ke dalam sup sayur (bahasa Kedah) atau sayur air (bahasa Kelantan).


Manakala, kaedah ketiga pula adalah dengan membuang kepala udang dan dicuci dahulu udang tersebut. Kemudian, letakkan udang tersebut pada jaring besi di atas bara api. Biarkan sehingga kehitam-hitaman dan dikopek kulitnya. Cara masakan yang ini juga boleh dimasukkan dalam sup sayur (sayur air).


Satu lagi makanan yang femes kat Sarawak ini adalah IKAN LUMIK (kalau tersalah eja, harap maaf). Ikan ini dikeringkan di atas bara api sehingga kering. Cam ikan masin la kalau kat tempat kita. Tapi ikan ni tak la masin. Boleh digoreng dan dimakan begitu saja. Rangup sangat. Krupp2...bunyinya. Kalau rajin, ikan ini boleh digunting kecil2 dan ditumbuk bersama ikan bilis, kacang dan lada cengik (lada burung) untuk dibuat sambal.


So, ini adalah gambar KUPAS dan IKAN LUMIK.


KUPAS (Kaedah Kedua)


IKAN LUMIK


Terima kasih Kak Sara for ur information. And last but not least, this thank is also goes to my students, Rogayah for your KUPAS and IKAN LUMIK. Kirim salam kat mak ayah ek. Lain kali leh bawak lagi tuk cikgu ya! (*_^)V


Hari ini sangat seronok. Nape? Sebab... tetiba hari ni ramai budak tegur. Cikgu ni **** la!!! hihi....(^_^)V



Love,

Cikgu Zawatil.




Saturday, April 11, 2009

HoMeMaDe MaSk


Hari ni cikgu pakai mask telur lagi. Senang bangat nak buatnya. Bahan2 yang boleh diamek dari peti ais je. Ni yang paling simple. Pecahkan sebiji telur. Amek putih telur saja. Letakkan pada kapas muka dan lekatkan saja pada muka. Sapa yang tak tahan dengan bau telur leh letak sedikit baby powder. Tapi xde la bau kuat sangat pun. Em.. hari ni satu umah pakai egg mask. Sape yang ajar? Ust. Nurul Izzah yang ajar. hihi... =) Tapi hari ni try letak Honey Nigellan cket.

Sebenarnya ada macam2 cara kalau nak buat homemade mask. Macam2 bahan juga boleh digunakan. Ada yang guna telur putih, telur kuning, madu, oatmeal, pisang, minyak zaitun dll. Em...ni ada disediakan link untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai homemade mask ni. Cuba, jangan tak cuba. Pas pakai ni, you'll feel that your face very clean and "tight" after the application. hihi...

Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru Kerajaan Malaysia


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad bin Maslan
5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak


MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri
Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan Menteri
Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI KESIHATAN

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Rosnah Rashid Shirlin


MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Maznah Mazlan


MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri
Datuk Lajim Ukin


MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri
Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri
Datuk M.Saravanan


# Syukran Abg. Hariri. Mitak dihalalkan ye.. nak hafal utk interview 21 April ni.. Doakan saya dan kawan2 berjaya ya. (^_^)V