Tuesday, June 28, 2011

Aluuu..

Assalamualikum w.b.t...

Lama, mmg lama tidak post di blog sendiri. Kalau nak bagi alasan, mmg seribu satu alasan. Apa pun, alhamdulillah diri ini masih lagi sihat dan mampu utk update diblog ini. Terima kasih kepada sepupu ku, Nur Izyani yang telah banyak memberi semangat untuk aku terus menulis diblog ini.

Sehingga kini, bermacam kisah suka duka telah aku lalui dan pelbagai perkara pun banyak yang telah berubah. Berubah ke arah yang lebih positif. Insya-Allah..

Antaranya, kisah aku dan dia. Dia? Dia siapa? Alhamdulillah, sebenarnya kini status ku juga telah berubah. Kini aku telah menjadi isteri kepada seorang insan yang Kamil (sempurna), sebagaimana pada namanya. Sebagai pelengkap kepada diri ini yang punya banyak kelemahan dan kekhilafan. Semoga aku juga akan menjadi pelengkap bagi dirinya jua. Insya-Allah.. Dari seorang rakan dalam dunia maya, kami akhirnya membina sebuah perhubungan yang halal. Sekejap sahaja perkenalan kami dan berkat doa kedua ibu bapa dan org sekeliling, semuanya berjalan lancar. Semoga majlis tersebut mendapat barokah dari Allah. Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana kami bakal menjadi ummi dan abi. Semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan kami sekeluarga sentiasa. Insya-Allah..

Kerjaya ku, masih lagi tidak berubah. masih lagi sebagai seorang pendidik di bumi Kuala Tahan ini. SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Akan aku terus memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Bak kata GPK Pentadbiran dan Akademik sekolah ini, Sir Razmi bin Omar, "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." Akan aku cuba memberi khidmat yang terbaik selagi anak-anak pelajar di sini ikhlas ingin menadah ilmu dariku.

Setakat itu sahaja dahulu untuk entri kali ini. Insya Allah akan lebih rajin lagi menghantar entri pada masa2 yg lain. Insya-Allah..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment