Alhamdulillah, akhirnya aku lulus juga KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM). Bukan aku sahaja, tetapi semua kawan-kawan yang pergi berkursus sama dengan aku juga turut lulus semuanya (Alifah, Shahida, Rosilawati dan Us. Faez).
Setelah menyemak keputusan, kita perlu mencetak sijil keputusan kami. Setelah itu kita perlu menyediakan salinan bagi 4 perkara di bawah:
1. Sijil Induksi
2. Surat Tawaran Perlantikan
3. Surat Pengesahan Perlantikan
4. Sijil Perguruan
Seelok-eloknya kita menyediakan 7 salinan bagi setiap perkara di atas bagi mempercepatkan lagi proses pengesahan jawatan kita. Insya-Allah...