Friday, June 26, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum…

Lamanya tak update update blog aku ni… dah bersawang dah ni bak kata Maisarah.. hihi..

Sori la Sarah. Bukan sengaja tak nak update. Tapi wireless kat area Kak Long tak berapa bagus sekarang.

Em.. entri kali ni nak cite pasal ...... CUTI-CUTI MALAYSIA aku dan kawan-kawan ku iaitu Izzah dan Fariza, ke Sabah Negeri di bawah Bayu.. Seronok? of coz!! mey perlu asked anymore. (Melanau; mey = tak/tidak)

2 Jun 2009

Kami menaiki bot jam 3 petang ke Sibu menggunakan bot ekspress. Keadaan pada waktu itu sudah agak sesak. Tak disangka ramai orang ingin ke Sibu hari tu. Mereka kebanyakannya memang tinggal di Sibu dan pulang ke kampung di sekitar Daro sempena perayaan Hari Gawai. Kebiasaannya, mereka akan bercuti selama 2 hari untuk meraikannya. Kaum-kaum lain yang tidak meraikannya pun turut mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa selama 2 jam setengah telah menjadi sehingga 3 jam. Aduhai.... penatnya berdiri.. nasib baik ada orang baik hati gak nak bagi aku tempat duduk. Memang penuh bot tu. Sampai atas bumbung. huhu...

Setelah tiba di jeti, kami semua bergegas ke hotel yang berdekatan. Kami bermalam di sana sebelum bertolak ke Kota Kinabalu.

3 Jun 2009

11 pagi: Kami check out dari hotel dan terus ke airport. Lebih kurang setengah jam, kami tiba di sana. Masa tu lom boleh check in. So, kami pergi makan2 dl di restoran kat airport tu. Then, solat jamak serta qasar zuhur dan asar di airport. Pastu, check in. Penerbangan kami lambat lagi. Jam 3 petang. So, kami duduk di departure hall. Tak sabar dah nak naik flight ke KK ni. hihi… flight AK6084, 03 JUN 2009, 1500 HOURS.

Kira2 jam 4.15 ptg, kami tiba di airport. Sebelum sampai, sempat lagi aku snap beberapa keping pics. Wah… KK, cantiknya!!! Air laut biru kehijauan. Terdapat banyak juga kapal di tengah laut tu. Setibanya di airport, kami menaiki teksi dan terus ke hotel yang telah di tempah awal2 lagi. Kami tempah untuk tempoh selama seminggu. So, dapat la harga kurang sikit. Jimat2..=) hihi…

Malam tu kami keluar cari makanan kat Wisma Merdeka. Lapar! huhu… Banyak gak kedai2 yang menarik perhatian kami di sini. Tapi apa yang penting mesti cari selipar sebab esoknya nak gi pulau lak! ^_^ V

4 Jun 2009

Kat KK ni, jam 5.30 pagi sudah terang benderang. Aku baru je bangun nak solat Subuh. huhu..

Setelah bersiar2 kami semua dengan hati yang berkobar2 berjalan kaki ke Jesselton Wharft. Nape perlu ke sana? Sebab kat sana lah jeti untuk ke pulau. Kami beli tiket dan mendengar sedikit sebanyak information mengenai pulau2 yang ada di sekitar jeti tersebut. Terdapat 5 buah pulau berhampiran. Tapi kami hanya pergi ke Pulau Mamutik, Manukan dan Pulau Sapi. Pulau Sulug kami tidak pergi kerana dari maklumat yang kami dapat, biasanya pelancong tidak pergi ke sana. Tambangnya pun takla mahal. Rm 17.00 bahagi tiga… Murah je kan? =)

First, kami ke Pulau Mamutik, perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Seronok sangat dapat naik bot yang membelah laut yang biru kehijauan ini. Jernih sungguh airnya. Nampak coral dalam tu. Subhanallah! Sesampai kat pulau, kami menukar pakaian dan pergi mencari port yang baik punya! Haa.. kat sini takde orang. Em... sesuai la untuk tiga orang anak dara yang manis ni berendam. hihi... Pastu apa lagi, berendam la. Nak berenang tak pandai. Kalau pandai berenang dan menyelam, sah2 aku sewa goggle. Leh tengok coral di dasar laut. It’s juz fine. Dapat berendam kat tepi pantai tu pun dah ok dah. Tengah2 berendam tu, ada beberapa kumpulan ikan kecil datang berenang di samping kami. Waahh.. memang masyuk lah! Kami semua berusaha menagkap ikan2 kecik tu, tapi tak dapat. Culas sungguh ikan2 ni. Setelah puas berendam, kami tukar pakaian dan naik bot lagi. Perjalanan seterusnya adalah ke Pulau Manukan. Sebelum berhenti di jeti, pemandu tersebut membawa kami pusing2 di sekitar pulau tersebut. Banyak juga maklumat yang kami dapat. Kami dapat tengok baaaanyak coral di situ. Airnya cukup jernih. Betul!! Kat sini lagi banyak ikan yang cantik2. Kami bagi makan kepada ikan2 di sini. Sekali baling saja, penuh ikan mengerumuni makanan tersebut. Subhanallah!

Kat sini, kami pusing2 pulau saja, tak dapat mandi lagi sebab kat pulau ni dah ramai orang. Pelancong dari luar negara memang ramai lah kt sini. Warga asing pun tahu tahu keindahan tempat2 di negara kita. Malu lah sekiranya kita sebagai warga negara ini, tidak dapat menikmati keindahan tempat2 yang menarik di negara sendiri kan?

5 Jun 2009

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami keluar berjalan2 di bandar KK ini. Wah.. Suasananya tak ubah seperti berada di semenanjung saja. Kelihatan lebih ramai orang Melayu jika dibandingkan dengan Sarawak, sebab di sini aku dapati orang yang memakai tudung lebih ramai. Tudung labuh pula tuh. Aku agak kagum juga dengan keadaan ini. Sambil2 jalan, snap sini snap sana! Jalan punya jalan, sampailah kami di Pasar Besar Kota Kinabalu. Kami ke tingkat atas untuk sarapan. Makanan di sini juga murah. Tapi kami hanya minum air dan makan sedikit kuih sekadar untuk mengalas perut. Kalau makan nasi pun murah je. Empat laum Rm 3.00 je! Murah kan? Seterusnya, kami pusing2 atas pasar tu dan aku membeli sebuah beg tarik. Bajet bawak balik banyak barang lah tu! Haha.. Later, kami semua turun dan menuju ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Pasar Filipina. Wah3!!! Sinilah tempat yang kami hendak sangat2 datang. Apa ada kat sini?? Terdapat pelbagai bentuk gelang, rantai, kerongsang yang diperbuat daripada mutiara. Kami bertiga pun apa lagi.. Bulat mata2 kami memilih! hihi... Tapi pagi tu kami tidak shopping sangat. Survey je dulu. Nanti esok lusa datang la beli. Labat lagi nak balik. Petang tu tak la lama sangat kami jalan2. Sebab malam nanti keluar lagi!

Malam tu kami keluar lagi. Ada orang nak belanja makan. Kawan Fariza yang bertugas di KK, Lan. Dia membawa kami ke gerai2 yang menjual makanan laut. Apa kami order??? Ikan kerabu bakar, sotong, ketam,udang. Wah3, sedap sehingga menjilat jari. Total: RM 92.00. Tunai. haha.. Menurut Lan, kebanyakan orang yang niaga di sini datangnya dari Filipina. Ooooo…

Setelah kenyang, kami dibawa berjalan, cuti mata tengok2 gelang, kerongsang. haha.. Dari Pasar Malam Sinsuran ke Pasar Malam Kampung Air. Boleh dikatakan 90 % peniaga di situ menjual barangan seperti mutiara, gelang, rantai dan kerongsang. Manakala yang selebinya peniaga pakaian, makanan, beg dan sebagainya.

6 Jun 2009

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami turun dan sarapan di Pasar Besar KK. Selepas tu, apalagi. kami bertiga serbu Pasar Kraftangan. Borong sunguh-sunguh. Beli itu, beli ini.Butang baju melayu, gelang, kerongsang dsb. Berjam2 kami di pasar tersebut. Pompuan!!! hihi... Selepas itu, sempat lagi kami berjalan2 di sekitar bandar KK. Jam 5.00 petang di Sabah tidak sama seperti di semenanjung. Suasananya sudah senja. Jadi, kami semua pulang ke hotel.

Malam itu pula, kami pergi lagi ke Pasar Malam Kampung Air. Masa tu tak survey dah. Beli terus. T-shirt, kerongsang dll. Beli dan beli!!!

7 Jun 2009

Hajat dihati hendak rehat2 saja di hotel. Tapi rupanya masih ada barangan yang belum dibeli. Pesanan kawan-kawan la. Takpe. Tak kisah pun. Sebab memang seronok pergi beli barangan kat pasar tu. hihi...

Petang tu, kami ke Pantai Tanjung Aru. Waa.. ramainya orang kat pantai ni. Kami berjalan di pesisir pantai. Pastu, makan. Kat sini macam2 ada. Kami tempah sate dan air kelapa. Pastu beli jagung rebus, kacang rebus dan jeruk. Memang rasa tol2 cam dok kt semenanjung. Kat Sarawak ni susah cket la. huhu... Pastu kami duduk2 di tepi pantai. Manikmati angin pantai. Nyaman sungguh! Aku memang suka gi jalan pantai. Maybe sebab Abah suka bawak aku gi pantai masa kecik2 dulu kot. Pantai ni juga berdekatan dengan airport. So, nampak jugalah flight yg nak berlepas dan mendarat.

8 – 9 Jun 2009

Hari yang ditunggu2 sudah tiba. Temph dua hari ini kami berjalan2 di sekitar Kundasang lak. Perjalanan bermula lebih kurang 8.00 pagi. Kami ke Kundasang dengan menaiki kereta yang telah ditempah dari awal2 lagi. (Tempah kereta + driver) Lebih kurang jam 10.30 kami sudah tiba di Kundasang. Dari jauh lagi sudah nampak Gunung Kinabalu yang gah itu. Wah, ni lah 1st time aku tgk yg real. Subhanallah. Tinggi betul! Lebih kurang setengah jam, kami tiba di kaki gunung. Sejuknya seperti berada di Cameron Highlands. Sememangnya udara sini sungguh nyaman. Nyaman sekali!!

Di sini banyak juga tempat yang kami singgah untuk menikmati keindahan dan kecantikan di Kundasang ini. Antaranya Poring Hot Spring (kolam air panas), kilang Teh Sabah, Taman Pertanian Sabah dan Muzium Sabah. Tapi banyak juga tempat yang kami nak pergi tapi tak sempat. Tidak Aku berhajat nak tengaok orang utan kat Sepilok dan bunga raflesia. Tapi xsempat. Fariza lak nak naik titi gantung, tapi hajat tak kesampaian. huhu.. Tak mengapalah. Kalau ada rezeki, sampaillah lagi ke sana. Selain ke Kundasang, kami juga ke Keningau, Tenom dan Ranau. Berjalan sungguh.

10 Jun 2009

Hari ni kami udah perlu pulang ke Sarawak. Sedihnya nak tinggal KK. Agak2 nya sampai lagi ke tak eh? Mata aku tak lepas memandang air biru laut. Aku pandang sampai flight dah berada di atas awan putih. huhu…

Percutian kali ini memang banyak memberi pengalaman baru kepada kami. Banyak juga manfaat yang kami dapat… Dengan melancong macam ni, kita dapat melihat tempat orang, budaya, makanan dan sebagainya. Hubungan kami juga jadi lebih rapat. Selain itu kita akan menyedari kebesaran Ilahi yang mencipta tempat2 yang indah sebegini. Subhanallah!


# To Ja & Izzah, ada rezeki, kita gi jalan2 lagi ye! Seronok jalan2 ngan korang.(^_^)V

# Kalau anda dalam tempoh pra-haid, xperlu lah bercuti tempat2 ni. Habis terganggu mood orang lain yang nak berjalan sama. huhu... =P