Wednesday, April 15, 2009

~Sekeping Lembaran Buat Pelajar-pelajarku Sayang~


Assalamualaikum pelajar2 cikgu sayang,

Tadikan kita buat ujian utk bab SETS. Kenapa tak nak duduk baik2, jawab betul2 soalan yang cikgu beri tu? Penat saja Cikgu cari soalan, tapi kamu buat macam kertas yang Cikgu bagi tak de nilai pun. Dikacau lagi kawan2 yangingin belajar tu. Rugi saja kertas soalan fotostat banyak2 utk uji minda kamu mengenai bab ini. Penat2 je Pak Cik Amir fotostat untuk kamu semua. Kalau kamu tak suka ujian macam ni, xmengapalah. Lepas ni kita takkan buat apa2 ujian lagi la. Cikgu masuk dan ajar saja apa yang perlu diajar. Lepas beberapa minggu dan bulan belajar, bertemu lagi dengan peperiksaan Penggal Pertama. Jadi, kamu semua akan terus hadapi peperiksaan tanpa diuji pengetahuan kamu. Xmengapalah kan. Memang itu yang kamu nak kan?

Lepas ni kita belajar biasa2 sajalah. Tanpa ada sebarang aktiviti lagi. Lepas ni xperlulah uji kefahaman kamu semua cam yang kita buat sebelum ni. Xperlu lagi Cikgu jemput kamu ke dapan untuk mencuba soalan yang Cikgu beri. Cikgu masuk, ajar, bagi soalan dan Cikgu sendiri yang jawab. Itu cara yang kamu nak kan? kan.. kan.. kan…If that’s ok with you, then it’s ok with me too.

Tapi kamu fikirlah pelajar2 ku sayang. Cuba buka minda kamu semua. Fikir masa depan kamu, famili kamu, saudara mara kamu dan yang penting bangsa kamu (terutamanya Melanau). Kalau kamu tidak mula fikir dari sekarang, maka rugilah masa kamu nanti. Hancurlah masa depan kamu, anak bangsa kamu jika kamu xnk berubah. Kamu mahukah masa depan kamu semua akan dipandang sebelah mata sahaja. Apa kamu rasa jika ada wakil dari kaum kamu yang berjaya? Tidakkah kamu akan berasa bangga dengannya? Malah kamu juga tiba2 akan mengaku dia sebagai saudara kamu.

Cikgu datang dari jauh. Telah terpilih untuk bersama kamu. Membangunkan bangsa kamu. Siapa kamu? Anak siapa kamu? Bangsa apa kamu? Cikgu xkisah pun. Cikgu akan bantu kamu semua sedaya yang mungkin. Pagi petang hingga ke malam Cikgu sanggup turun mengajar kamu, untuk pastikan kamu berjaya. Sekarang bergantung pada diri kamu sendirilah. Pilihlah jalan yang lurus dan yang baik. Cikgu percaya kamu semua sudah mumayyiz. Sudah tahu mana yang bersih, mana yang kotor. Mana yang halal, mana yang haram. Mana yang baik, mana yang buruk. Jadi bergantung pada kamula macamana kamu nak ubah diri kamu menjadi seorang yang lebih positif, lebih dari yang sebelum ini.

Berubahlah pelajar2 ku sayang. Tak rugi kalau kita berubah ke arah yang baik. Siapa yang untung kalau kamu rajin. Cikgu ker? xde kaitan pun dengan Cikgu. Kamu la yang untung. Cuma Cikgu akan rasa tenang melihat kamu semua dapat menerima segala ilmu yang Cikgu sampaikan dan berjaya dalam hidup kamu.

Apa yang Cikgu Teo terangkan tadi, terimalah nasihat darinya sebaik mungkin. Cikgu Mortadza pun baru saja masuk kelas semalam, memberi kamu kata2 yang penuh semangat. Cikgu percaya kamu semua berasa semangat semasa mendengar kata-kata darinya, kan? Kami para cikgu akan menolong kamu semua. Tapi apa yang penting adalah, kamu mesti menolong diri kamu sendiri. Berubahlah sayang-sayangku semua. Insya-Allah Cikgu akan sentiasa mendoakan kefahaman dan kejayaan kamu semua ya sayang....

Love,
Cikgu Zawatil.


Tuesday, April 14, 2009

KUPAS AND IKAN LUMIK

Salam n hye to everybody,


Hari ini kita saya nak memperkenalkan dua jenis makanan yang sangat femes kt Sarawak ni terutamanya di kalangan kaum Melanau. Pertama sekali kita akan menyingkap mengenai cara pembuatan udang salai @ lebih femes dengan panggilan KUPAS. Menurut salah seorang rakan sekerja ku, Kak Sara yang sememangnya orang Melanau, terdapat tiga kaedah penghasilan makanan ini.


Kaedah pertama adalah dengan dengan mengopek kulit udang. Kemudian udang tersebut diletakkan di atas jaring yang mana di bawahnya diletakkan bara api yang secukupnya. Jaringan tempat udang itu diletakkan mestilah dalam kedudukan yang senget. Udang tersebut diletakkan di atas bara api tersebut sehingga masak dan kering. Kupas jenis ini sedap dimasukkan ke dalam masakan kari yang diletakkan bersama-sama ubi keledek. Nyum2…


Kaedah kedua pula, udang direbus dahulu dan diletakkan bersama sedikit garam. Toskan udang dan letakkan di atas jaringan besi yang mana di bawahnya diletakkan bara api. Biarkan sehingga ia masak dan kering. Setelah itu, masukkan udang ke dalam guni, pukul sehingga kulitnya tercabut sendiri lalu dijemur sehingga kering. Kupas jenis ini sedap dimasukkan ke dalam sup sayur (bahasa Kedah) atau sayur air (bahasa Kelantan).


Manakala, kaedah ketiga pula adalah dengan membuang kepala udang dan dicuci dahulu udang tersebut. Kemudian, letakkan udang tersebut pada jaring besi di atas bara api. Biarkan sehingga kehitam-hitaman dan dikopek kulitnya. Cara masakan yang ini juga boleh dimasukkan dalam sup sayur (sayur air).


Satu lagi makanan yang femes kat Sarawak ini adalah IKAN LUMIK (kalau tersalah eja, harap maaf). Ikan ini dikeringkan di atas bara api sehingga kering. Cam ikan masin la kalau kat tempat kita. Tapi ikan ni tak la masin. Boleh digoreng dan dimakan begitu saja. Rangup sangat. Krupp2...bunyinya. Kalau rajin, ikan ini boleh digunting kecil2 dan ditumbuk bersama ikan bilis, kacang dan lada cengik (lada burung) untuk dibuat sambal.


So, ini adalah gambar KUPAS dan IKAN LUMIK.


KUPAS (Kaedah Kedua)


IKAN LUMIK


Terima kasih Kak Sara for ur information. And last but not least, this thank is also goes to my students, Rogayah for your KUPAS and IKAN LUMIK. Kirim salam kat mak ayah ek. Lain kali leh bawak lagi tuk cikgu ya! (*_^)V


Hari ini sangat seronok. Nape? Sebab... tetiba hari ni ramai budak tegur. Cikgu ni **** la!!! hihi....(^_^)V



Love,

Cikgu Zawatil.




Saturday, April 11, 2009

HoMeMaDe MaSk


Hari ni cikgu pakai mask telur lagi. Senang bangat nak buatnya. Bahan2 yang boleh diamek dari peti ais je. Ni yang paling simple. Pecahkan sebiji telur. Amek putih telur saja. Letakkan pada kapas muka dan lekatkan saja pada muka. Sapa yang tak tahan dengan bau telur leh letak sedikit baby powder. Tapi xde la bau kuat sangat pun. Em.. hari ni satu umah pakai egg mask. Sape yang ajar? Ust. Nurul Izzah yang ajar. hihi... =) Tapi hari ni try letak Honey Nigellan cket.

Sebenarnya ada macam2 cara kalau nak buat homemade mask. Macam2 bahan juga boleh digunakan. Ada yang guna telur putih, telur kuning, madu, oatmeal, pisang, minyak zaitun dll. Em...ni ada disediakan link untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai homemade mask ni. Cuba, jangan tak cuba. Pas pakai ni, you'll feel that your face very clean and "tight" after the application. hihi...

Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru Kerajaan Malaysia


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad bin Maslan
5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak


MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri
Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan Menteri
Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI KESIHATAN

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Rosnah Rashid Shirlin


MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Maznah Mazlan


MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri
Datuk Lajim Ukin


MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri
Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri
Datuk M.Saravanan


# Syukran Abg. Hariri. Mitak dihalalkan ye.. nak hafal utk interview 21 April ni.. Doakan saya dan kawan2 berjaya ya. (^_^)V